Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Lelaki Parah Ditetak Di Restoran Nasi Kandar

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang Lelaki Parah Ditetak ketika menunggu rakannya di sebuah Restoran Nasi Kandar di Jalan Medan Putra 1, Bandar Manjalara, Kepong awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy berkata dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, Mangsa yang berusia 34 tahun cedera di lutut kiri dan kanan selepas ditetak tiga lelaki menggunakan parang.

Beliau berkata, mangsa cuba Melarikan Diri sebaik melihat tiga lelaki keluar dari sebuah kereta jenis Toyota Vios, namun dia terjatuh di hadapan restoran itu sebelum ditetak oleh kumpulan berkenaan.
"Suspek menetak kaki mangsa beberapa kali sebelum melarikan diri. Mangsa dibantu orang awam dan rakan mangsa yang baru tiba di situ selepas kejadian," katanya dalam satu kenyataan.
Munusamy berkata, mangsa dihantar ke Hospital Selayang dan kes disiasat kerana mendatangkan kecederaan. - Bernama




PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Lelaki Parah Ditetak Di Restoran Nasi Kandar

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×