Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Phantom 3, 4 dan Osmo masuk Malaysia


Kuala Lumpur: ECS ICT Berhad (ECS), syarikat pengeluar produk dan perkhidmatan berkaitan industri informasi dan Teknologi Maklumat (ICT) memperkenalkan siri produk Dron terbaru jenama DJI iaitu Phantom 3 dan 4 serta Osmo untuk pasaran Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Soong Jan Hsung berkata, Phantom 3 dan 4 Adalah Dron pengguna pintar yang sesuai untuk kegunaan semua pihak, Manakala Osmo ialah Dron Yang memiliki kamera 4K dengan teknologi penstabilan.
"Phantorm 4 adalah dron yang baru dilancarkan di mana ia adalah drone pintar pertama di pasaran yang menawarkan ciri seperti pengelak halangan (Obstacle Avoidance), trek aktif (ActiveTrack) dan TapFly," katanya pada majlis pelancaran dron terbabit di sini, sebentar tadi.
Dron Phantom 3 dan 4 DJI ditawarkan pada harga bermula RM2,129, manakala Osmo (RM2,499) dan ia boleh didapati di lebih 30 pusat jualan seluruh negara membabitkan rangkaian stor pengguna elektronik, gaya hidup, teknologi maklumat (IT) dan saluran atas talian.
DJI adalah peneraju global dalam teknologi pesawat udara tanpa pemandu (UAV) dan menyumbang 70 peratus dalam pasaran global.
-hmetro

PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Phantom 3, 4 dan Osmo masuk Malaysia

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×