Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pengawal Peribadi Cedera Parah Ditembak



SEPANG: Seorang Pengawal Peribadi kepada ahli perniagaan cedera parah selepas ditembak Dua Lelaki Yang menaiki kereta berasingan di bulatan berhampiran pekan Chaterfield, Pusat Komersial KLIA di Sepang, malam Jumaat.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian 8.45 malam itu, pengawal peribadi berkenaan yang memandu kereta jenis Mercedes Benz, didatangi dua Lelaki Yang melepaskan beberapa das tembakan.


Beliau berkata Kejadian Itu berlaku semasa mangsa dan ahli perniagaan itu dalam perjalanan menuju ke terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2).

Berikutan kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan serius pada bahagian belakang bahu kanan akibat terkena tiga das tembakan, dihantar ke Hospital Putrajaya, untuk rawatan lanjut.


Siasatan awal yang dijalankan polis membawa kepada penemuan lebih 10 butir kelongsong peluru yang digunakan suspek, kata jurucakap itu.

Suspek didapati melepaskan tembakan dari arah hadapan dan cermin sisi sebelah penumpang hadapan.

Tinjauan Bernama di Hospital Putrajaya mendapati mangsa sedang dirawat di zon kritikal dan dikawal rapi oleh polis.

-mstar

PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Pengawal Peribadi Cedera Parah Ditembak

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×