Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

38 Motosikal Musnah Terbakar Di George Town

Seorang pegawai Polis melihat tempat kebakaran yang memusnahkan 38 buah motosikal dan tiga buah kereta yang diletakkan di bangunan Blok B Lorong Perak, Taman Jelutong hari ini. - Foto BERNAMA

GEORGE TOWN – Sebanyak 38 motosikal yang diletakkan di Tingkat Bawah sebuah Blok Rumah Pangsa di Taman Jelutong, di sini, musnah terbakar, pagi Jumaat.
Kejadian kira-kira jam 6 pagi itu turut mengakibatkan sebuah bilik stor dan tiga kenderaan jenis Proton Saga, Toyota Camry dan Toyota Harrier rosak teruk.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan Pada Jam 6.22 pagi sebelum dua jentera bersama 14 anggota tiba di lokasi dalam tempoh tiga minit.
“Sebaik tiba, bomba mendapati sebahagian motosikal di tingkat bawah blok Rumah Pangsa berkenaan sedang terbakar dan kami mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal api daripada merebak ke seluruh kawasan berkenaan. Kebakaran kebakaran berjaya dipadamkan pada jam 6.50 pagi,” katanya.
Ketika ini, pegawai forensik bomba sedang melakukan pemeriksaan bagi mengenal pasti punca kejadian. – BHarian Online


PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

38 Motosikal Musnah Terbakar Di George Town

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×