Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

20 Kenderaan Dibocorkan Tayar


Cameron Highlands, 11 Feb: Kira-kira 20 kenderaan yang diletakkan dalam keadaan menghalang laluan di sekitar pekan Brinchang, Cameron Highlands dibocorkan tayar dipercayai dilakukan oleh sekumpulan individu.

Laporan Harian Metro menyebut, dalam kejadian 3 - 5 pagi tadi, kesemua tayar kenderaan-Kenderaan Itu dibocorkan menggunakan senjata tajam bagi mengeluarkan angin.



Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Muhammed Rizal Kamarudin, berdasarkan keterangan saksi mendapati Kesemua Kenderaan Itu dibocorkan tayar oleh sekumpulan lelaki.

Katanya lagi, Kesemua Kenderaan itu dipercayai diletak dalam keadaan yang menghalang laluan jalan.

"Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan polis sudah menerima sebanyak 11 laporan daripada pemilik sehingga jam 3 petang tadi.

"Rondaan cegah jenayah dijalankan polis sekitar jam 2 pagi tadi tidak mengesan sebarang aktiviti jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya sebagaimana lapor Harian Metro. 



PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

20 Kenderaan Dibocorkan Tayar

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×