Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Rakyat 'Kedah Mengamuk', Bendera BN Digantung Terbalik



PETALING JAYA: Selepas hampir seminggu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah, ketua kerajaan negeri yang baharu dilantik itu dilihat berhadapan protes di kalangan ahli Barisan Nasional (BN).

Terbaharu bendera BN dengan lambang dacing dikesan sengaja digantung dalam keadaan terbalik di beberapa lokasi tertentu di Kedah.

Antara gambar yang menjadi viral dan dimuat naik oleh pengguna Facebook yang menggunakan nama 'Fharid Bin Ismail' menunjukkan bendera terbalik itu digantung di Kuala Kedah.



Menerusi posting yang dibuat pada awal pagi Rabu, Fharid Bin Ismail meletakkan keterangan pada enam gambar yang dimuatnaiknya dengan tajuk "Kedah mengamuk! Ini kali KALIH lah!"

Turut dimuat naik ialah gambar baju kemeja-T biru yang biasanya dipakai oleh jentera BN tetapi kali ini ia digantung secara terbalik.

Bahagian tengah baju berkenaan turut diconteng dengan tulisan 'kalih' dalam loghat utara yang bermaksud 'tukar'.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook, Salmiah Omar menulis pada ruangan komen "Memang akan kalih (tukar) sampai terbeghalih (beralih)...bai2 dacing".

Kedah berhadapan krisis dalaman bermula pada 20 Januari lalu apabila majoriti kepemimpinan Umno Kedah dan wakil rakyat negeri itu menyuarakan pendirian hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Pada 4 Februari lalu, Ahmad Bashah yang juga Adun Bakar Bata akhirnya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu bagi menggantikan Mukhriz.

Ia susulan pengumuman Mukhriz meletak jawatan kerana menurutnya telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.


-Mstar


PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Rakyat 'Kedah Mengamuk', Bendera BN Digantung Terbalik

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×