Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kilang Kicap Dan Asam Jawa Diarah Tutup Kerana Kotor


IPOH: Sebuah Kilang memproses Kicap dan Pes Asam Jawa diarahkan ditutup selama dua minggu oleh Jabatan Kesihatan negeri kerana gagal mematuhi peraturan kebersihan.
Pasukan yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Pembangunan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon melakukan pemeriksaan mengejut ke dua kilang tersebut yang terletak di Taman Rishah dan Taman Pertama di sini, Jumaat.

Difahamkan najis tikus ditemui di kawasan pemprosesan dan penyimpanan Kilang Kicap tersebut.
Dr Mah berkata bekas penyimpanan yang digunakan untuk penapaian kicap juga dibiarkan terdedah.
Selain itu, serangga turut dikesan terapung di dalam kicap yang ditinggalkan semasa proses penapaian.
Di kilang memproses pes Asam Jawa, bekas penyimpanan juga dibiarkan terdedah dan terdapat carikan surat khabar, tali dan plastik di dalam asam jawa yang telah diproses.
Kilang tersebut diarahkan tutup sehingga 12 Februari mengikut Akta Makanan 1983.

-mstar

PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Kilang Kicap Dan Asam Jawa Diarah Tutup Kerana Kotor

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×