Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Jumpa kaki di kedai

ANGGOTA polis memeriksa kaki kanan yang disyaki milik mangsa kemalangan
Melaka: Kaki kanan dipercayai milik mangsa kemalangan ditemui di kedai menjual jubin di Jalan Mata Kucing, kira-kira 9 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kaki itu milik wanita yang maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan lori di Jalan Taming Sari, 3 pagi, Jumaat lalu.



"Kaki itu ditemui pelanggan yang sedang melihat jubin sebelum memaklumkannya kepada pengurus premis.

"Anggota badan itu kemudian di hantar ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan," katanya.

Harian Metro Ahad lalu melaporkan kemalangan membabitkan wanita dikenali sebagai Zulaikha Ismail, 20-an menunggang motosikal Modenas Kriss dengan nombor pendaftaran MAU2315 parah selepas kaki kanannya putus akibat kemalangan dengan lori.

Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Melaka kemudian meminggal dunia 7.55 pagi hari yang sama.HM




PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Jumpa kaki di kedai

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×