Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#SOKONG BLOK PEMBANGKANG ~ Dr Sharuddin dipecat dari Bersatu!


Kuala Lumpur – Bekas Timbalan Menteri Kerja Raya, Dr Sharuddin Mat Salleh dipecat keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Perkara itu disahkan oleh Setiusaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan media hari ini.
“Bersatu mengesahkan Ahli Parlimen Sri Gading, Dr Sharuddin Mat Salleh telah mengeluarkan notis pemakluman Yang di-Pertua Dewan Rakyat berkaitan kedudukan kerusi beliau yang tidak bersama blok kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin merangkap presiden dan pemangku pengerusi Bersatu.
“Oleh yang demikian, adalah dimaklumkan bahawa keahlian beliau (Sharuddin) terhenti secara serta merta menurut fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan Bersatu,” kata kenyataan itu.


Hamzah turut memberi peringatan kepada ahli-ahli Bersatu supaya tidak terlibat dalam kempen menjejaskan Bersatu oleh bekas pimpinannya yang telah disingkirkan.
“Bersatu memberi amaran kepada mana-mana ahli yang menyokong atau bersama bekas pemimpin Bersatu yang telah terlucut keahlian dalam kempen-kempen yang bertujuan untuk memburukkan nama baik parti.
“Dalam hal ini, Bersatu tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan disiplin yang tegas terhadap mana-mana ahli yang telah melanggar dan menyalahi perlembagaan parti,” katanya yang juga menteri dalam negeri.

Terdahulu Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya.




Surat perletakan jawatan secara mengejut itu menjadi tular di media, kononnya akan menjejaskan kedudukan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan.

Namun perancangan dari pihak pembangkang tidak menjadi. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berjaya mengukuhkan kedudukan PN sebagai Kerajaan memerintah.

-malaysiatrending.com


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner




This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#SOKONG BLOK PEMBANGKANG ~ Dr Sharuddin dipecat dari Bersatu!

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×