Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#SUBHANALLAH ~ 3 Beradik Bersalin Serentak Di Hospital Dan Doktor Yang Sama

Hospital OhioHealth Mansfielf Ohio 

CLEVELAND: Rezeki tiga beradik di Ohio, Amerika Syarikat apabila melahirkan Bayi mereka pada tarikh dan tempat sama.

Malah, semua bayi itu disambut oleh doktor sama, dalam jangka masa empat jam 30 minit di Hospital OhioHealth Mansfielf, Ohio, 3 Julai lalu.


ABC8News memetik Mansfield News Journal melaporkan adik-beradik itu adalah Daneesha Haynes, Ariel Williams dan Ashley Haynes.

Ariel adalah yang pertama melahirkan bayinya, sebelum diikuti Ashley dan Daneesha.

Semua mereka melahirkan bayi itu secara normal.

Dr Edroy McMillan adalah individu yang bertanggungjawab menyambut kelahiran ketiga-tiga bayi itu.

Bagaimanapun, doktor terbabit enggan ditemu bual.

"Ia adalah satu anugerah dan ia amat menyeronokkan," kata Daneesha.

Menurut wanita itu, dia teruja apabila memikirkan kemeriahan sambutan ulang tahun bayi mereka itu.

"Kemungkinan parti diadakan selama dua hari berturut-turut," katanya.


Dalam pada itu, Daneesha berkata, pada mulanya dia dijadualkan melahirkan bayinya pada 23 Julai.

Bagaimanapun katanya, dia dimasukkan ke wad untuk bersalin tiga minggu lebih awal kerana kandungannya berisiko tinggi.


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner



This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#SUBHANALLAH ~ 3 Beradik Bersalin Serentak Di Hospital Dan Doktor Yang Sama

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×