Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#NOAH LYLES ~ 'Bingung' lepas pecah rekod dunia Usain Bolt tidak diiktiraf

Pelari Pecut Amerika Syarikat, Noah Lyles beraksi ketika menyertai acara 200 meter semasa acara pameran Inspiration Games, yang diadakan dari jarak jauh di pelbagai negara, di IMG Academy di Bradenton, Florida. - Foto AFP

LONDON: Kejayaan atlet pecut Amerika Syarikat (AS), Noah Lyles yang berjaya memecahkan rekod dunia milik Usain Bolt dalam acara 200 meter tidak bertahan lama apabila penganjur mengakui dia diletakkan di tempat permulaan yang salah.

Terdahulu, Lyles merekodkan kepantasan 18.91 saat (s) pada Sukan Inspirasi di Florida, catatan yang mampu memadam rekod dunia bintang sensasi Jamaica, Bolt yang merakam 19.19s pada 2009.



Bagaimanapun, disebabkan catatan terbaik Lyles sebelum ini hanya 19.50s, atlet itu sendiri tidak percaya dia mampu merakam masa terpantas seperti yang dicatatkan itu dan ia jelas dapat dilihat menerusi riak wajahnya yang 'bingung' sebaik melepasi garisan penamat.

Beberapa minit kemudian, Lyles mendapat tahu yang dia bermula di tempat permulaan yang salah dan hanya menamatkan larian sejauh 185m, bukannya 200m.

"Anda tidak boleh bermain emosi saya seperti ini. Meletakkan saya di tempat yang salah," kata Lyles menerusi ciapan di Twitter miliknya.


Pengulas BBC, Steve Cram terkejut ketika masa yang dicatatkan di paparkan di skrin apabila mengatakan ia tidak mungkin benar dengan dia turut ketawa. - Agensi





credit


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner



This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#NOAH LYLES ~ 'Bingung' lepas pecah rekod dunia Usain Bolt tidak diiktiraf

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×