Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#PRIHATIN ~ "Moga kehidupan atok lebih baik selepas ini"

Kassim Lang Abdullah di bawa ke kenderaan oleh Datuk Seri Abd Ghafaar Atan (empat dari kanan) dan Rizal Tumiran (dua kanan)-Foto Amir Mamat

KESEDIHAN jelas terpancar di wajah seorang pemuda apabila terpaksa merelakan datuk tiri yang dijaganya sejak lima tahun lalu, dihantar ke Rumah Seri Kenangan Cheng, semalam.

Rizal Tumiran, 41, terpaksa membuat keputusan itu bagi memastikan Kassim Lang Abdullah, 73, yang dipanggil atok mendapat penjagaan yang sempurna.


Menurutnya, walaupun sudah berjanji untuk menjaganya sehingga akhir hayat namun dia merasakan Kassim yang dipanggil atok lebih selamat di rumah kebajikan.

"Saya rela kehilangan kerja daripada hilang orang tua. Namun apakan daya, mungkin dia lebih sesuai dan selamat di rumah kebajikan kerana makan pakai, sakit peningnya ada orang jaga.
"Kebiasaannya saya memang kelam kabut kerana perlu uruskan tiga anak masih bersekolah dan pada masa sama menjaga atok.
"Walaupun berjauhan, saya tidak akan buang dia daripada hidup saya. Saya pasti akan menziarahinya di rumah kebajikan itu sekurang-kurangnya sebulan sekali," katanya ketika ditemui di Jasin, Melaka.
Menurut duda anak tiga itu, Kassim Lang hidup bersendirian di pondok yang terletak di atas tanah milik Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, di Nyalas, Jasin yang mana jarak dari rumahnya adalah sekitar satu kilometer.


"Selama ini saya yang menguruskan kehidupan dia sebagai membalas jasanya menjaga saya sejak kecil hingga dewasa.
"Atok dulu kahwin dengan nenek saya tetapi tidak dikurniakan zuriat, lalu mengambil dan menjaga saya dari kecil sehingga dewasa.
"Selepas kematian nenek lima tahun lalu. Saya bersama arwah isteri ketika itu terus membawa atok tinggal di sini," katanya.
Sementara itu, EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Datuk Seri Abd Ghafaar Atan memujuk Kassim Lang sebelum dia bersetuju untuk dibawa ke Rumah Seri Kenangan Cheng.

"Pihak kami baru menerima laporan mengenai kehidupan Kassim Lang ini sejak tiga hari lalu, lantas saya mengarahkan petugas kebajikan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan untuk melihat serta menghulurkan bantuan makanan.
"Selepas berbincang dengan beberapa pihak termasuk Rizal dan JKM, maka hari ini (semalam) Kassim Lang dibawa ke Rumah Seri Kenangan bagi membolehkan kehidupannya sentiasa terjaga," katanya.

-myMetro




Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner



This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#PRIHATIN ~ "Moga kehidupan atok lebih baik selepas ini"

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×