Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#INFO SIHAT ~ TUJUH RAHSIA BESAR DARI TEMPOYAK DURIAN

 Durian yang biasanya orang nak buang boleh dijadikan tempoyak dan ketahui kehebatan TEMPOYAK.


Sebenarnya tak ramai tahu *rahsia tempoyak* ni.

Ni 7 rahsia tempoyak yang ramai tak tahu

1. Tempoyak bukan cuma sedap tapi tempoyak ni penuh dengan bakteria baik ( probiotik ) untuk usus anak anak dan keluarga kita

2. Tempoyak ni terhasil daripada proses fermentasi antara garam dan durian. Sebaiknya tempoyak ni dimakan terus sahaja tanpa dipanaskan atau dimasak untuk menjaga kandungan bakteria baik di dalamnya


3. Mengikut kajian dalam tempoyak ni ada 7 strain Lactobacillus iaitu L. plantarum, L. fermentum, L. crispatus, L. reuteri, and L. pentosus. Kesemua spesis ni mempunyai aktiviti oksidan yang tinggi

4 . Aktiviti oksidan yang tinggi ni dikaitkan dengan kemampuan untuk mencegah penyakit kanser juga sebenarnya

5. Dalam usus kita, ada bakteria baik, ada bakteria jahat. Jika jumlah bakteria jahat lebih banyak dan tak seimbang, itulah saatnya penyakit berbahaya akan mula menyerang kita sekeluarga

6. Sebab tu lah tempoyak ni bukan cuma penaik selera makan kita sekeluarga. Tempoyak ni juga adalah penaik imuniti badan dan perencat kuman jahat di dalam usus.



7. Itulah kenapa saya ajarkan anak anak saya untuk jatuh cinta dengan tempoyak kerana saya percaya kita tak perlu makanan mewah dan mahal mahal pun untuk menjaga kesihatan keluarga kita

Tolong bagitahu rahsia ni pada ahli keluarga kita yang belum tahu ya.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner




This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#INFO SIHAT ~ TUJUH RAHSIA BESAR DARI TEMPOYAK DURIAN

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×