Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#POLITIK ~ Jangan Dipatuk Ular Yang Sama Dari Lubang Yang Sama Wahai Anwar..


Untuk menjatuhkan DS Najib, Beliau sanggup bekerjasama dengan musuh-musuh lamanya DS Anwar, Lim Kit Siang dan Mat Sabu. Ianya berjaya dan tumbanglah DS Najib dan bersama-samanya kerajaan BN.

Tun Dr. Mahathir menjadi PM kerajaan PH sehingga jawatan itu diserahkan kepada DS Anwar, pada mulanya, kita difahamkan, selepas dua tahun. Kita percaya perjanjian itu wujud. Itulah yang dikatakan oleh PH dari awal lagi, malahTun Dr. Mahathir tidak pernah menafikannya.


Malangnya, dari awal lagi beliau berdolak-dalik, kadang-kadang dia kata boleh jadi dua tahun, boleh jadi tiga. Mahathir juga kerkata beliau akan menjadi PM selagi dikehendaki rakyat dan pernah juga beliau berkata beliau hanya boleh menyerahkan jawatan itu jika DS Anwar mempunyai majoriti dalam Parlimen.

Semua itu menyebabkan orang beranggapan bahawa beliau tidak akan menyerahkan jawatan PM itu kepada DS Anwar.

Kemuncaknya pada 21hb. Feb 2020, dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH pada hari itu, mesyuarat sebulat suara memutuskan Tun Dr Mahathir akan melepaskan jawatan PM kepada DS Anwar selepas Sidang APAC 2020, tarikhnya akan diumumkan kemudian..

Malang buat DS Anwar... PH terguling ditengah jalan bila Tun Dr. Mahathir melepaskan jawatan PM setelah PN mendakwa mempunyai cukup MP untuk mengambil alih Kerajaan..

Buat DS Anwar..

Sabda Rasulullah S.A.W.

“Jangan sampai kamu dipatuk oleh ular di dalam lubang yang sama dua kali,” (Riwayat Abu Daud)

========================================

Seorang penganalisis berpandangan perjanjian yang memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan kembali menjadi kerajaan hanya merugikan Anwar.

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya memberitahu, Anwar patut belajar dari pengalaman silam dan jangan terlalu percaya pada kesediaan Mahathir menyerahkan kuasa kepadanya.

Beliau mengulas laporan FMT bahawa PH sedia mengangkat Mahathir sebagai calon perdana menteri, kali ini Anwar sebagai timbalannya.

Sumber beritahu perkembangan itu selepas beberapa mesyuarat pimpinan PH minggu lepas.

Azman berkata sukar untuk pemerhati politik membayangkan Mahathir akan berundur.

Beliau berkata Anwar tidak rugi apa-apa sekiranya beliau menolak jawatan timbalan perdana menteri kerana bukan mudah menjadi kerajaan pada masa ekonomi yang amat mencabar.

Adalah lebih baik beliau tumpu pada mengukuhkan parti dan mengisi kekeosongan yang ditinggalkan bekas timbalan presiden Mohamed Azmin Ali dan penyokongnya.

“Buat masa ini, beliau patut tumpu menjadi ketua pembangkang yang bagus dan membuat persiapan untuk pilihan raya umum akan datang dengan mengukuhkan sokongan akar umbi.”

James Chin dari Institut Asia di Universiti Tasmania precaya perjanjian itu, sekiranya berlaku, menghala ke arah persiapan pilihan raya umum akan datang daripada perubahan kerajaan yang segera kerana PH masih perlukan jumlah sokongan yang mencukupi.

Beliau berpandangan perjanjian itu langkah ke depan bagi PH.

“Anwar ada sokongan dalam kalangan orang Melayu di bandar dan Mahathir ada sokongan dalam kalangan Melayu di luar bandar,” katanya.

Sebaliknya, cabaran paling besar bagi PH adalah “sejarah tinju bayang yang panjang” antara Mahathir dan Anwar.

“Walaupun mereka bersetuju, saya tak pasti penyokong mereka bersetuju.”

Beliau berkata perkara penting dalam sebarang aturan adalah mendapatkan sokongan ahli Parlimen Sabah dan Sarawak, dan beliau ragu-ragu Gabungan Parti Sarawak dan 18 ahli Parlimennya akan menyokong Mahathir selagi DAP sebahagian daripada PH.



Sekiranya PH kembali berkuasa, ada kemungkinan ia hanya ada majoriti tipis, menjadikan ia tidak stabil seperti Perikatan Nasional.

Ahli sains politik, Chandra Muzaffar berkata tiada jaminan PH boleh segera menggantikan PN sekali pun ia ada jumlah sokongan yang mencukupi atau berjaya menyingkir Muhyiddin Yassin menerusi undi tidak percaya.

“Sekiranya Muhyiddin tewas dalam undi percaya itu, beliau perlu menghadap Agong dan saya fikir Agong akan membubarkan Parlimen kerana Agong pernah menegur tentang mengheret negara sekali lagi ke kancah politik,” katanya.

Chandra juga ragu-ragu Agong akan sekali lagi melantik Mahathir sebagai perdana menteri kerana beliau enggan menarik balik peletakan jawatannya apabila Agong meminta beliau berbuat demikian.

“Mahathir yang memulakan kecelaruan politik ini,” katanya. “Jadi saya tak percaya raja-raja akan sekali melantiknya.”
“Saya juga tak percaya Mahathir di usia 95 tahun kembali menjadi perdana menteri buat kali ke-3 akan dapat sokongan besar rakyat.”

Laporan dipetik dari FMT

Sumber Artikel: Anak Sungai Derhaka



Ditaja oleh FeedBurner



This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#POLITIK ~ Jangan Dipatuk Ular Yang Sama Dari Lubang Yang Sama Wahai Anwar..

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×