Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#BOLASEPAK ~ Anak Malaysia 'pukau' Red Star Belgrade

Aksi Omar Raiyan (baju merah putih) ketika menjalani sesi percubaan bersama Red Star Belgrade, tahun lalu. - Foto ihsan Kama Azlan Muhammad

KUALA LUMPUR: Seorang lagi anak Malaysia sedang menempa nama di arena antarabangsa dan kali ini, giliran Omar Raiyan Kama Azlan yang menggegar benua Eropah.

Bapa kepada pemain berusia 15 tahun itu, Kama Azlan Muhammad mengesahkan anak bongsunya itu berjaya menarik minat kelab terkemuka dari Serbia, Red Star Belgrade dan kini anaknya itu mengasah bakatnya bersama skuad Bawah 17 tahun (B-17) pasukan berkenaan.


Berkongsi kepada BH Sukan, Kama Azlan mendedahkan kemasukan anaknya ke dalam pasukan itu sememangnya berdasarkan merit apabila barisan kejurulatihan pasukan itu mengakui kemampuan anaknya sudah mencapai standard pemain Eropah.

"Selepas dua minggu menjalani percubaan bersama Red Star Belgrade Julai lalu, Omar mendapat keputusan yang cemerlang dan beberapa jurulatih yang membuat penilaian mengakui Omar ada kebolehan teknikal yang baik.
"Lebih penting mereka suka dengan Omar yang rajin, berdisiplin, rendah diri dan pandai berkawan. Dia mudah diterima pasukannya dan dia juga pantas menguasai bahasa Serbia," katanya.

Sebagai rekod, Omar yang sebelum ini bersama akademi Manchester City di Abu Dhabi pernah mengetuai pasukannya mara ke pusingan 32 terbaik Piala Gothia 2018 di Sweden.



Selain itu, pemain versatil itu antara 25 pemain terbaik di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam pemantauan Pusat Prestasi Tinggi (HPC) Du LaLiga dan berjaya membantu pasukannya menjulang Piala Iber 2019 di Sepanyol serta memenangi peringkat kumpulan Piala Antarabangsa Mediterranean, tahun lalu.

Mengulas lanjut mengenai aksi anaknya bersama Red Star Belgrade, bekas jurutera itu mengakui Omar perlu bekerja keras memandangkan pasukan terbabit menjadi 'lubuk' yang menghimpunkan kelompok pemain terbaik di negara Balkan itu.

"Sebahagian besar rakan sepasukannya bermain untuk pasukan kebangsaan Serbia. Justeru, tempatnya belum terjamin dan masih ramai pemain lain yang mahukan peluang bersama pasukan itu.
"Jadi, Omar perlu bekerja keras dan perlu menghasilkan standard yang tinggi apatah lagi dia satu-satunya pemain dari Asia dan beragama Islam dalam pasukan itu," katanya.

-BH Online

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner



This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#BOLASEPAK ~ Anak Malaysia 'pukau' Red Star Belgrade

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×