Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#INFO ~ Cara download aplikasi MySejahtera serta maklumat lain yang berkaitan.


Adalah suatu usaha untuk membantu Kerajaan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19 dan membendung penyebaran virus melalui pengesanan kontak
Penggunaan MySejahtera Check-In telah dilaksanakan di kebanyakkan tempat, termasuklah pengangkutan awam.

Sila muat turun aplikasi MySejahtera dan gunakan fungsi Pengimbas Kod QR didalam MySejahtera untuk ‘Check-In’. Tidak perlu isi borang digital atau borang manual, hanya imbas dan masuk. Muat turun aplikasi MySejahtera anda hari ini.

Untuk pengguna aplikasi MySejahtera sedia ada (pastikan aplikasi MySejahtera anda berada di versi terkini):


Langkah 1: Tekan butang Kod QR di laman utama MySejahtera dan tekan ‘Check-in’ untuk daftar kemasukan anda (sistem kamera akan terbuka secara automatik untuk mengimbas Kod QR MySejahtera Premis);

Langkah 2: Sila imbas Kod QR MySejahtera Premis; dan

Langkah 3: Setelah mengimbas, pengguna akan menerima laporan check-in yang berjaya.

Untuk pengguna yang tidak menggunakan aplikasi MySejahtera:

Langkah 1: Sila imbas Kod QR MySejahtera Premis menggunakan kamera telefon;

Langkah 2: Laman web MySejahtera Check-In akan dibuka.

Langkah 3: Pengguna perlu memasukkan nama serta nombor telefon dan perlu menjawab soalan penilaian kesihatan kendiri

Langkah 4: Tekan butang ‘Hantar’; dan

Langkah 5: Susulan itu, pengguna akan menerima laporan check-in yang berjaya.



Untuk cara muat turun e-dompet bagi mendapatkan kredit RM50 daripada kerajaan rujuk pautan berikut:

Panduan Muat Turun e-Wallet untuk tebus ePENJANA RM50

Maklumat selanjutnya sedang dikemaskini

TERKINI: Kerajaan akan kredit RM50 ePENJANA dalam bentuk e-dompet setelah pengguna muat turun aplikasi MySejahtera

✅Dikreditkan mulai Julai Ini

Muat turun aplikasi MySejahtera melalui panduan:
#IUCNorthernNews https://t.co/P87OXEYqsw

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner





This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#INFO ~ Cara download aplikasi MySejahtera serta maklumat lain yang berkaitan.

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×