Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#PANDUAN ~ MABUK DI JEPUN VS MALAYSIA

Tags: mabuk boleh atau

Saya kongsikan pengalaman melihat bagaimana Kerajaan Jepun menguruskan gaya hidup minum arak di Jepun. Mudah mudahan kita di Malaysia Boleh belajar dan tambah baik.

Jepun dan arak adalah sangat sinonim. Hampir semua pesta akan ada arak. Samada arak tradisional (sake, 酒) atau arak moden (beer, ビール).

Bila anda masuk ke universiti, makmal, atau tempat kerja baru, akan ada nomikai (飲み会). Tujuannya adalah taaruf sesama ahli organisasi.


Beer adalah minuman asasi sewaktu nomikai. Yang muslim biasa akan pilih Ginger Ale atau jus oren.

Sudah habis Nomikai, (biasa 2,3 kedai dia pergi), waktu nak balik, mereka akan wajibkan diri naik teksi atau pengangkutan awam (densha toka). Jadi, sebelum event Nomikai tu pun mereka akan naik kenderaan awam untuk ke restoran tu.

Biasa yang tak minum beer adalah sebab dia Muslim atau tak cukup umur (19 tahun ke bawah).

Polis biasanya akan buat pemeriksaan terhadap pemandu kereta pada Jumaat petang, sebab jumaat malam tu ramai nak memabukkan diri, jadi petang tu dia dah tunggu siap-siap.
Penalti/Hukuman memandu mabuk di Jepun adalah sangat keras. Ini tak kira kemalangan akibat memandu di bawah pengaruh (Driving Under Influence, DWI) alkohol lagi.



Jika pemeriksaan alkohol menunjukkan 0.15mg per 1L breath, boleh kena 3 tahun penjara dan denda 500k Yen.

Memandu dalam keadaan mabuk pula (Driving While intoxicated,DWI) boleh dipenjara 5 tahun dan denda 1 juta yen. Take note sesiapa yang jadi penumpang, bagi guna/pinjam kereta pun akan kena juga. Makna kata dikira bersubahat.

Memandu di bawah pengaruh (DUI) atau mabuk (DWI) yang akibatkan kemalangan lebih keras. Jika akibatkan kecederaan (15 tahun) dan jika kematian, 20 tahun.

Untuk makluman, basikal juga dikira sebagai kenderaan, jadi kalau minum arak tak boleh naik basikal.

Di Malaysia, harapannya agar Kerajaan memperketatkan undang-undang bukan sahaja dari segi hukuman tapi dari segi kebenaran.

Waktu bila boleh mabuk, di mana nak mabuk, jadi keadaan mabuk itu lebih terkawal. Disamping ketatkan juga undang-undang jalanraya.

Mewajibkan menggunakan kenderaan awam /grab/ teksi juga bagus untuk menaikkan ekonomi pasca COVID19. Boleh bincang dengan Menteri Agama bagaimana hukumnya.

Namun, ada juga mabuk yang dibenarkan dan tidak berdosa, iaitu mabuk laut.

Sekian,

Dr Fitri Yusof,
Suka memancing dan candat sotong walaupun mabuk laut.

FB: Fitri Yusof


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner



This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#PANDUAN ~ MABUK DI JEPUN VS MALAYSIA

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×