Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#ADOIII ~ Lagi kes nahas maut akibat pemandu mabuk

Kenderaan disyaki dipandu Pemandu Mabuk merempuh motosikal dipandu mangsa dari arah belakang. - Foto ihsan pembaca

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu lelaki disyaki mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara, di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mohamed ZailiMohamed berusia 44 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa dirempuh Nissan Grand Livina dipandu suspek berusia 21 tahun dari arah belakang.

Katanya, ketika itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa, dekat Ampang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya.

"Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke sebelah kiri bahu jalan, manakala motosikalnya diseret sejauh kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.


"Suspek memberhentikan kenderaannya di bawah jejantas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa dekat kawasan itu setelah ditahan orang awam.
"Suspek kemudian dibawa ke Balai Trafik Jalan Tun H S Lee dan keputusan saringan ujian mendapati kandungan positif alkohol dalam pernafasan lelaki berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-BH Online

ARTIKEL BERKAITAN:#ALFATIHAH ~ "MOGA ALLAH BALAS..." - AISHAH KONGSI VIDEO BAPA SAUDARA DISERET PEMANDU MABUK SEJAUH 2KM

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner




This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#ADOIII ~ Lagi kes nahas maut akibat pemandu mabuk

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×