Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#SENSASI ~ Mahathir, Mukhriz serta tiga lagi dipecat dari Bersatu


Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden merangkap anak beliau, Mukhriz Mahathir serta tiga pimpinan tinggi yang lain hari ini dipecat serta merta daripada parti itu.

Menerusi satu surat yang ditandatangani oleh Setiausaha kerja PPBM, Kapten Muhammad Suhaimi Yahya (B), kelima-lima mereka dipecat atas alasan duduk di bangku pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.



“Melalui notis bertarikh 15 Mei 2020, YB Tun memaklumkan kedudukan kerusi YB Tun di Parlimen adalah di blok yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin merangkap Presiden/Pemangku Pengerusi Bersatu.
Dalam sidang parlimen pada 18 Mei 2020, YB Tun juga telah menyertai dan duduk di blok pembangkang.
Maka dengan ini, dimaklumkan bahawa menurut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), keahlian YB Tun dalam BERSATU adalah terhenti serta merta.” – Kapten Muhammad Suhaimi Yahya (B)

Tiga pemimpin PPBM lain yang turut dipecat itu termasuk Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah.


Sebelum ini bekas Setiausaha PPBM, Marzuki Yahya berkata kelima-lima ahli parlimen itu adalah ahli parlimen bebas serta bukan di kerusi pembangkang.

“Saya fikir ia suatu yang lazim, kami sokong PH tapi kami tidak berada dalam gabungan PH,”. – Marzuki Yahya.




sumber

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner




This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#SENSASI ~ Mahathir, Mukhriz serta tiga lagi dipecat dari Bersatu

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×