Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#PKPB ~ Sanggup palsukan butiran surat kebenaran rentas negeri untuk beraya

Tinjauan sekatan jalan raya di Plaza Tol Duta dari utara menghala ke Kuala Lumpur berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). - NSTP/Eizairi Shamsudin

ALOR SETAR: Seorang penjawat awam bersama keluarganya tidak dibenar meneruskan perjalanan pulang ke Putrajaya selepas didapati memalsukan butiran pada Surat Kebenaran merentas negeri yang dikeluarkan sebelum ini.

Lelaki berusia lingkungan 40-an dan bekerja sebagai kerani itu dipercayai berbuat demikian untuk membolehkan mereka tinggal lebih masa di kampung keluarganya di sini bagi menyambut Aidilfitri.


Difahamkan, dia dan keluarga dibenar pulang ke Kedah sebelum ini dan sepatutnya kembali ke Putrajaya pada 17 Mei lalu, namun meminda tarikh yang tertera pada surat kebenaran kepada semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata tindakan lelaki itu dikesan apabila dia datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang untuk memohon surat kebenaran pergerakan rentas negeri dari Pendang ke Putrajaya, semalam.

Beliau berkata, anggota bertugas mengesan sesuatu mencurigakan pada surat kebenaran dikeluarkan dari Putrajaya, sebelum semakan dilakukan mendapati tarikh tertera sudah diubah.

KETUA Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob (tiga dari kiri) memeriksa Mykad penghuni ketika melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah di Taman Saga, dekat Alor Setar. - NSTP/ Zuliaty Zulkiffli

"Berikutan itu, lelaki terbabit dan keluarganya tidak dibenarkan pulang ke sana (Putrajaya) dan terpaksa tinggal di kampung di sini sehingga siasatan kes selesai.
"Kes diserahkan ke Bahagian Komersial untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemalsuan surat kebenaran," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah, selain premis makanan segera dan pasar raya di sekitar bandar raya ini, hari ini.

Dalam pada itu, Zainuddin mengingatkan semua penjawat awam yang mereka boleh diambil tindakan sekiranya didapati merentas negeri tanpa kebenaran dan melanggar undang-undang serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.-BH Online

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner




This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#PKPB ~ Sanggup palsukan butiran surat kebenaran rentas negeri untuk beraya

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×