Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#PERGHH ~ Elaun pinggan mangkuk menteri tarik perhatian netizen

Antara komen di ruangan Twitter Syed Saddiq Syed Abd Rahman

SELEPAS sehari memuat naik ciapan menerusi akaun Twitter miliknya mengenai elaun diterima ketika masih bergelar menteri, laman sosial Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu terus dihujani pelbagai komen netizen.

Penjelasan beliau berhubung beberapa bayaran diterima termasuk elaun 'one off' pinggan mangkuk berjumlah RM42,000 terus menjadi perhatian orang ramai.

Setakat jam 6 petang hari ini, status berkenaan diulang ciap lebih 7,000 orang dengan lebih 600 komen serta disukai hampir 10,000 netizen.


Ramai yang mempersoalkan bayaran terlalu tinggi termasuk menyifatkan jumlah diterima itu boleh digunakan untuk menggajikan 10 orang doktor .

"Kalau Saddiq (Syed Saddiq) tak tulis ni, sampai la (sekarang) ni kita tak tau (tahu) menteri ada allowance pinggan mangkuk dan untuk apa," ciap The Huda.
Nocrex pula menulis 'tetiba rasa nak jadi menteri je. Punyalah banyak allowance. Itu pun masih ada yang nak makan rasuah. It's ok YB. Jika anda benar, tak perlu takut," katanya.

Sementara Abdul Munir pula bertanya apakah elaun itu adalah untuk pembelian pinggan mangkuk bagi kegunaan rumah.

"Pinggan mangkuk RM42,000 tu apa? Pembelian pinggan mangkuk untuk rumah ke?," katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Muar itu dalam satu kenyataan menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dan sudah memberikan kerjasama penuh sejak kes kehilangan wang tunai di rumahnya disiasat hampir dua bulan lalu.

Beliau turut berkongsi gaji menteri dan ahli parlimen berjumlah RM55,000 sebulan tidak termasuk kalau kerap balik kawasan atau hadiri program yang jauh dari pejabat, kerana ada insentif tambahan.


Ia termasuk elaun 'one off' pinggan dan mangkuk RM42,000 serta elaun tahunan percutian RM70,000, manakala elaun makanan setiap hari RM180 seorang dengan had maksimum untuk tuntutan belanja makan.

Selain itu, elaun pindah rumah RM10,000 dan menerima pembayaran 'one-off' sebanyak RM150,000, selepas diberhentikan sebagai

-myMetro

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#PERGHH ~ Elaun pinggan mangkuk menteri tarik perhatian netizen

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×