Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#KONFLIK ~ Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara tolak cadangan penubuhan PN


KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat baru-baru ini sebulat suara menolak cadangan penubuhan Perikatan Nasional (PN) dan sebarang idea untuk menyertainya.

Ini kerana PN bukan satu entiti politik yang berdaftar seperti Barisan Nasional (BN) sebaliknya penyertaan UMNO tidak lebih daripada persefahaaman dalam menyelamatkan Malaysia ketika krisis politik teruk melanda negara.


Menurut sumber kepada MalaysiaGazette, kepimpinan dalam UMNO sebenarnya sebulat suara menolak cadangan penyertaan atau penubuhan PN itu.

“Tidak ada kompromi dalam perkara itu. Semua tolak cadangan tersebut malah selama ini pun UMNO tidak pernah sertai PN seperti entiti politik BN. Semua tidak mahu.

“Kita akan adakan semula mesyuarat khas membabitkan kesemua ahli Parlimen dari UMNO dan juga pemimpin komponen BN dalam masa terdekat bagi membincangkan dan muktamadkan perkara ini.
“Ingat ya, UMNO adalah parti politik terbesar masyarakat Melayu untuk sekian lama dan ianya sangat terikat dengan semangat setiakawan antara gabungannya seperti MCA, MIC, PBRS.
“Kita tidak pernah ada apa-apa perjanjian dalam bentuk apa jua dengan PN jauh sekali antara PPBM dan GPS. Kita bersatu melalui satu persefahamaan selamatkan Malaysia dengan mengangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. UMNO berkorban demi rakyat dan negara.
“Tetapi setahu saya, pengamatan saya sememangnya tidak, tidak ada sesiapa yang berminat dengan penubuhan PN sebagai satu entiti politik atau gabungan seperti BN. Tidak mungkin impian itu akan menjadi realiti,” katanya.
Antara yang menjadi penyebab penolakan ini termasuklah isu-isu berkaitan pembahagian kerusi antara parti-parti persefahaman PN terutamanya parti Bersatu dan UMNO.

Ini termasuklah kerusi-kerusi tradisional UMNO yang kini sudah menjadi ‘milik’ Bersatu selepas wakil rakyat UMNO melompat ke parti tersebut sejurus selepas kalah pada Pilihan Raya Umum lepas.

Malah krisis dalaman politik Bersatu masih lagi menjadi tanda tanya dan ianya hanya boleh diselesaikan melalui pilihan raya parti yang sehingga kini belum lagi nampak tanda-tanda akan berlaku pada masa terdekat.




Baru-baru ini juga, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dengan lantang menegaskan, parti itu tidak pernah menyertai PN sebaliknya ianya hanya satu persefahamaan menyelamatkan Malaysia.

Secara mudahnya, ia adalah persefahaman untuk membentuk Kerajaan dan mentadbir Malaysia kerana kegagalan PH dan tidak lebih dari itu, kata Mohamad.

Persefahaman itu berbeza dengan kerjasama politik UMNO dengan Pas yang dikenali sebagai Muafakat Nasional (MN) kerana kerjasama itu diurus secara rasmi melalui Piagam Muafakat Nasional dan telah melalui pelbagai proses sumbangsaran termasuk dibincangkan di Perhimpunan Agung sebelum Piagam tersebut dimeterai.

Selain daripada Mohamad Hasan, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran juga melahirkan rasa tidak senang beliau dengan segelintir pemimpin mendesak supaya disegerakan penubuhan PN atau MN sebagai satu entiti politik berdaftar seperti BN.

Jelas Vigneswaran, tidak ada keperluan untuk begitu tergesa-gesa dalam cuba membubarkan BN dan menjadikan PN sebagai satu entiti poliitk ketika kini lagi-lagi dengan pelbagai kemelut serta krisis masih lagi tidak selesai sehingga kini. –MalaysiaGazette


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#KONFLIK ~ Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara tolak cadangan penubuhan PN

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×