Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#KEMANUSIAAN ~ Masjid Al-Islamiah Kg Lindungan Salurkan Bantuan Kepada Semua Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa

Kami bantu rakyat berbeza agama, bangsa atas dasar kemanusiaan, kata wakil Masjid Kg Lindungan 

Seorang wanita mengambil Bantuan daripada Masjid Al-Islamiah di Kampung Lindungan.

PETALING JAYA: Selepas tular dan mendapat pujian ramai susulan bantuan makanan Kepada penduduk sekitar, termasuk orang bukan Islam, Masjid Al-Islamiah di Kampung Lindungan, Petaling Jaya berkata aktiviti itu terus diperluas bagi membantu masyarakat yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jurucakap masjid, Muhammad Hafis Asib berkata bantuan makanan kepada mereka terjejas ketika PKP wajar dicontohi masjid termasuk rumah ibadat lain tanpa mengira perbezaan agama dan kaum.
Sebaliknya ia perlu dilakukan atas dasar kemanusiaan.

“Kami berharap bukan sekadar kami yang memulakan inisiatif ini tapi harapan kami supaya ia diikuti masjid-masjid lain atau rumah-rumah ibadat lain bersama membantu masyarakat sekeliling tanpa mengira kaum, agama dan sebagainya.
“Tapi kita bantu masyarakat atas dasar kemanusiaan, kita bantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan, itulah prinsip kita di masjid Masjid Al-Islamiah ini,” katanya kepada FMT.


Kini, masjid itu meneruskan misi bantuan di mana kali ini membabitkan penduduk sekitar yang terdiri daripada warga asing.

Sumbangan barangan seperti beras, minyak masak, bihun, tepung dan telur diberikan kepada lebih 100 isi rumah.

“Hari ini kita beri bantuan kepada warga asing, dasar kita berperikemanusian, apabila memikirkan nasib mereka yang terkesan dengan PKP ini kita bantu, sebab kebanyakan mereka kerja kontrak dan mendapat gaji harian, jadi ketika ini tidak boleh kerja kita bantu setakat mampu untuk meringankan beban mereka.

Penduduk tempatan yang terkesan akibat PKP beratur untuk mendapatkan bantuan bekalan makanan.

“Walaupun bantuan diberi kepada warga asing, tidak bermakna masyarakat tempatan kita tak bantu, kita bantu dan teruskan seperti biasa, cuma bagi warga asing kita hadkan kepada mereka yang berada di kawasan sekitar sahaja,” katanya merujuk bantuan diberi kepada warga Indonesia dan Bangladesh.
Hafis berkata, bantuan yang diberikan kepada penduduk sekitar itu dibuat mengikut hasil sumbangan yang diberikan, orang awam dan NGO.

“Bentuk dan jumlah bantuan kita berikan berdasarkan berapa banyak mana sumbangan yang kami terima, kalau sumbangan kami dapat banyak, kita perluas lagi, kalau dapat terhad dana kita bantu setakat yang ada,” katanya.

Hafis yang juga pegawai hubungan masjid berkata selepas bantuan kepada bukan Islam viral sebelum ini, mereka yang tampil memberi sumbangan menunjukkan peningkatan termasuk penyumbang dari bukan Islam.

“Sumbangan dari warga Malaysia ada peningkatan, kami juga terima sumbangan dari bukan Islam yang mempercayai kreadibiliti masjid dalam menyampaikan sumbangan dan kami harap dengan sumbangan itu kami dapat bantu lagi mereka yang memerlukan untuk meringankan beban mereka,” katanya sambil memaklumkan tiada pilih kasih dilakukan dalam memberikan bantuan.

Bantuan Ramadan

Sementara itu Nazir Masjid, Hakimi Hafiz Husain berkata, pihaknya dalam perancangan membantu masyarakat ketika bulan Ramadan jika ia mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Selangor.

“Memandangkan aktiviti berbuka puasa mungkin tidak ada tahun ini, antara bentuk bantuan yang dirancang termasuk memberikan makanan secara bungkus kepada masyarakat, maknanya apabila penyumbang datang kita akan masuk dan agihkan kepada penduduk setempat, mungkin kita buat sepertimana agihan bubur lambuk.

“Tahun sebelum ini kita sediakan untuk 300 orang, jadi tahun ini kalau dibenarkan kita akan sediakan jumlah yang sama, kita mengajak mereka yang bermurah hati untuk menyumbang,” katanya.

Petugas masjid mengagihkan barangan keperluan kepada penduduk yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Sementara itu, salah seorang penerima bantuan makanan warga Indonesia, Nor Hasani Hamat ketika ditemui mengucapkan terima kasih atas sumbangan diberikan dan menganggap mereka dilayan seperti keluarga sendiri.

“Pihak masjid sangat bermurah hati, mereka layan kami macam keluarga sendiri, walaupun kami berasal dari Indonesia, tapi mereka baik hati, malah kami merasakan tidak berada di bumi asing, macam tinggal di negara sendiri.


“Bila kami susah, tiada kerja, ketika ini, ada saja orang yang bantu, terima kasih,” katanya yang bekerja sebagai tukang cuci.

Seorang lagi warga Indonesia yang dikenali sebagai Rosriah turut berkongsi kesusahan ketika PKP, kerana pergerakkan terbatas dan kekurangan pendapatan.

“Dengan bantuan ini kami dapat makan, terima kasih kepada pihak masjid, gaji kerja hanya dapat separuh bila PKP, nak bayar sewa rumah lagi, makan kadang-kadang tidak cukup, terpaksa pinjam kawan,” katanya.

Masjid Al-Islamiah di Kampung Lindungan, merupakan penempatan golongan berpendapatan rendah di Petaling Jaya, yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah Sunway Pyramid, menyumbangkan barangan seperti beras, telur, biskut, minyak masak dan ayam untuk penduduk sekitar selama beberapa hari dalam seminggu ketika PKP termasuk kepada bukan Islam.

Hafis juga merayu lebih banyak dana diberikan untuk membeli barangan keperluan dengan berkata, masjid itu mempunyai dana yang terhad.

Mereka yang ingin menderma boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam masjid: 1204 7010 0164 05. -FMT

sumber

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner



This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#KEMANUSIAAN ~ Masjid Al-Islamiah Kg Lindungan Salurkan Bantuan Kepada Semua Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×