Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#BANTUAN PRIHATIN ~ e-Tunai lebih mudah untuk salur bantuan - PH



Penggunaan e-Tunai lebih mudah untuk menyalurkan Bantuan ketika wabak Covid 19 masih mengganas

Hal itu dicadangkan Majlis Setiausaha Pakatan Harapan memandangkan e-Tunai disertai lebih 8 juta rakyat Malaysia.

PH dalam satu kenyataan bersama malam tadi berkata, menyedari masalah kekurangan data yang dihadapi kerajaan dalam membuat bayaran kepada penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), pertimbangan tersebut wajar dilakukan.

Katanya, walaupun golongan M40 adalah pembayar cukai, namun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak memiliki data pendapatan isirumah kerana tidak semua pembayar cukai mengemukakan pulangan cukai masing-masing sebagai sebuah isirumah.


“Kedua, bukan semua dalam kategori M40 mempunyai fail cukai pendapatan.
“Sebagai contoh, seorang individu bujang dengan pendapatan RM2,500 berkelayakan untuk bantuan ini mungkin tidak mempunyai fail cukai kerana belum layak membayar cukai.
“Tetapi mereka yang belum layak membayar cukai adalah mereka yang sepatutnya mendapat bantuan daripada kerajaan,” katanya.

Kenyataan bersama itu dibuat oleh Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Samad; Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution; dan DAP, Tony Pua.


Menurut PH, proses pengeluaran bantuan daripada LHDN juga akan menyusahkan ramai pihak, malah akan menjadi beban kepada pejabat LHDN seluruh negara yang memproses pengeluaran ini.

Akibatnya kata PH, bantuan tersebut mungkin lewat diterima berbanding jangkamasa yang sepatutnya.

Justeru, PH berkata, memandangkan program e-Tunai Rakyat berjaya mengenalpasti mereka yang berpendapatan RM100,000 ke bawah setahun, maka amat mudah bagi kerajaan mengenalpasti kumpulan M40 yang layak menerima bantuan dan seterusnya memasukkan jumlah itu terus ke dalam e-dompet mereka.

“Langkah ini secara langsung akan memudahkan ekosistem e-pembayaran yang digalakkan kerajaan pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan sekarang.
“Lebih-lebih lagi kerana aspek transaksi kewangan tanpa sentuhan yang mampu dilaksana dengan baik.
“Majlis Setiausaha mencadangkan agar Perdana Menteri melantik Khazanah Nasional bagi membantu kerajaan mengagih bantuan bagi kumpulan M40 ini melalui e-dompet mereka, memandangkan kejayaan Khazanah Nasional melaksana program e-Tunai Rakyat sebelum ini.
Pakatan Harapan juga bersedia bekerjasama dengan Kerajaan untuk menawarkan idea, pengalaman dan kepakaran dari kalangan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan demi membantu memerangi Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi negara,” katanya.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner



This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#BANTUAN PRIHATIN ~ e-Tunai lebih mudah untuk salur bantuan - PH

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×