Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#FIKIR-FIKIRKAN ~ Kenapa takut pada UBAN?


"Masya Allah!! Banyaknya uban!"

"Oh, ingatkan apa tadi."

"Memanglah banyak. Kan dah tua. Dah nak cecah angka 50 dah ni."

"Tak cabut ke uban tu? Dah banyak tu."

"Ish, kenapa lak nak cabut. Ubankan cahaya seorang Muslim."

Malu-malu si penanya tadi.

Disangkakan uban itu merunsingkan hati, rupanya menjadikan hati lebih tenang melalui liku-liku kehidupan.
.
.
.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لَا تَنْتِفُوا الشَّيْبَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَشِيبُ شَيْبَةً فِي الْإِسْلَامِ إِلَّا كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَة

“Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang Muslim yang memiliki sehelai uban, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti.” (HR. Abu Daud)

Dalam riwayat lain disebutkan:

أنه نور المؤمن

“Sesungguhnya uban itu cahaya bagi orang-orang mukmin.”

Ka’b bin Murroh radhiallahu’anhu berkata, ”Saya pernah mendengar Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ شَابَ شَيْبَةً فِي الإِسْلامِ كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Barangsiapa yang telah beruban dalam Islam, maka dia akan mendapatkan cahaya di hari kiamat.” (HR. Tirmidzi)

Oleh kerana itu, orang yang mencabut ubannya, ia akan kehilangan cahaya di hari kiamat.

Uban ini sebenarnya petanda yang baik. Menurut kajian saintifik, uban menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan yang sihat. Namun, sejauh mana kebenarannya saya tidak dapat membuktikannya. Sudah lupa sumber mana yang saya pernah saya membacanya.

Uban tu Allah jadikan sebagai peringatan bahawa usia itu sudah lanjut. Tidak lagi muda remaja seperti dulu. Maka setiap detik waktu yang masih berbaki itu perlu dimanfaatkan. Supaya kelak banyak amalan soleh yang boleh dibawa bekal bersama ke alam sana.

Uban itu juga mampu mengubah cara hidup seseorang. Daripada hidup tanpa memikirkan halal dan haram, kini sudah mengambil cakna akan hal itu. Sudah mulai bimbang perkara yang haram itu menjadi penghalang untuk memasuki Syurganya kelak.

Begitu juga uban berupaya mengajak manusia supaya mula mengingati mati. Mula mengerjakan amalan tambahan yang tidak menjadi rutin ketika di usia tanpa uban.

Amalan mengerjakan Sunat Tahajjud, Dhuha, Taubat, membaca Al-Quran, belajar ilmu agama dan bersedekah mula ditingkatkan. Rugilah jika bila uban sudah mulai tumbuh melata di kepala tetapi masih berpoya-poya tanpa sedikit pun memikirkan soal kematian.

Malanglah juga jika uban diangkat sebagai lambang kehebatan dan keagungan usia sehingga panjang umur menikmati dunia yang indah di matanya.

Jadi, kenapa perlu kalian takut dan bimbang lalu sibuk mencabut uban jika ia adalah cahaya? Cahaya yang akan membawa ke SyurgaNya.

Subhanallah, betapa setiap satu kejadian Tuhan itu banyak hikmah yang manusia tidak menyedarinya.

Begitulah sifat Allah Yang Maha Mengetahui berbanding sifat manusia yang sentiasa tidak mengetahui. Lalu, dengan setitis ilmu yang dikurniakan, layakkah manusia itu mahu menyombongkan diri?

#taujihathati

Mawaddah Mohd Nor
Rabbi zidni ilma, war zuqni fahma
Fb:Mawaddah MN

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#FIKIR-FIKIRKAN ~ Kenapa takut pada UBAN?

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×