Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#ALLAHUAKBAR ~ Jumlah Lelaki Gay Di Malaysia Kini 310,000 & 80% Adalah Melayu.

JUMLAH homoseksual di negara ini kini dianggarkan sebanyak 310,000 berbanding 173,000 pada lima tahun lalu, kata seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).



Statistik Kementerian Kesihatan pada 2013 menunjukkan terdapat kira-kira 173,000 homoseksual di negara ini, kata Dr Mohd Izwan Mohd Yusof, timbalan pengarah pembangunan sosial dan masyarakat Jakim.

Mereka terdiri 2% daripada jumlah keseluruhan penduduk dan 70% hingga 80% daripada mereka adalah Melayu.

“Saya baru-baru ini meminta pegawai jabatan kesihatan statistik bagi 2018. Komuniti gay dianggarkan sebanyak 310,000.

“Nombor itu semakin meningkat. Jumlah ini adalah bagi gay. Bilangan lesbian lebih sukar untuk dianggarkan,” katanya semasa seminar mengenai LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) di Pulau Pinang hari ini.

Gaya hidup LGBT pada umumnya tidak diterima di Malaysia, hubungan seks sesama jenis adalah satu jenayah.

Izwan berkata kes liwat di kalangan lelaki, yang menyalahi undang-undang, berlaku di penjara dan sekolah asrama.

Di sekolah menengah lelaki, beliau berkata ia adalah perkara biasa bagi pelajar senior menjadi murid yang cantik atau “jambu” sebagai sasaran.

“Kajian menunjukkan pada usia 13 hingga 15 tahun, sesetengah pelajar lelaki mungkin mengalami homoseksual sementara. Mereka merasakan tarikan fizikal terhadap lelaki lain.

“Ada kes pelajar senior meliwat pelajar lebih muda. Ada yang dipaksa melakukan seks oral.”
Bagi remaja perempuan, Izwan berkata daya tariknya lebih kepada emosi.

“Remaja perempuan yang lebih senior akan mengambilnya sebagai adik angkat.”
Izwan dijemput ke sekolah rendah untuk bercakap dengan murid pasca UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) bagi membantu mereka bersedia dengan kehidupan sekolah berasrama ketika mereka naik ke tingkatan satu.

Pelajar diajar bagaimana mereka boleh dan tidak boleh disentuh.

Sumber : The Malaysian Insight

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#ALLAHUAKBAR ~ Jumlah Lelaki Gay Di Malaysia Kini 310,000 & 80% Adalah Melayu.

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×