Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#BOLASEPAK ~ Jaringan Ronaldo dipilih 'Jaringan Terbaik UEFA' musim ini

Jaringan Ronaldo itu menerima sejumlah 200,000 Undian Daripada Keseluruhan 346,915 undian yang diterima.

SEPAKAN gunting Cristiano Ronaldo ketika perlawanan suku akhir Liga Juara-juara Eropah, diundi sebagai Jaringan Terbaik musim ini oleh UEFA.com.

Jaringan itu menerima sejumlah 200,000 undian daripada keseluruhan 346,915 undian yang diterima.

Ronaldo menggantikan rakan sekelabnya, Mario Mandzukic yang menang jaringan terbaik tahun lalu.

Sementara bagi tahun-tahun terdahulu, jaringan terbaik dimenangi Lionel Messi.

Ronaldo, pemenang lima kali anugerah Ballon d'Or dalam reaksi kemenangan, mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memilih jaringan beliau.



Jaringan terbaik di tempat kedua dimenangi oleh Dimitri Payet menerusi gol ketika pasukannya Marseille menewaskan RB Leipzig.

Tempat ketiga pula jatuh kepada Eva Navarro, ketika perlawanan akhir bola sepak wanita Eropah bawah 17 tahun Mei lalu.

Sejumlah 11 finalis dipilih pemantau teknikal UEFA bagi tempoh 12 bulan kategori berkenaan.

Hanya jaringan yang didaftar dengan kelab UEFA atau perlawanan antarabangsa layak dipertimbangkan. - Awani

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#BOLASEPAK ~ Jaringan Ronaldo dipilih 'Jaringan Terbaik UEFA' musim ini

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×