Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#KEJAM ~ Remaja diculik,dinoda, diseksa dan ditatu

Menurut bapa mangsa, tiga suspek telah ditahan pada Sabtu lalu dan perbicaraan Mereka Dijadualkan Bermula pada 6 September ini.

RABAT: Kemarahan tercetus di Maghribi selepas media tempatan melaporkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun diculik, diseksa dan turut dinoda sekumpulan lelaki.

Sejak Isnin lalu, lebih 12,000 telah menandatangani petisyen menggesa kerajaan Raja Mohammed VI memberikan bantuan perubatan segera dan rawatan psikologi selepas video memaparkan keadaan mangsa menjadi tular.

Menerusi video disiarkan saluran Shoof, mangsa mendakwa dia diculik di bandar Olad Ayad, wilayah Beni Mellal, kira-kira dua bulan lalu.

Memetik portal al-Jazeera, remaja itu diperkosa secara bergilir-gilir, dicucuh rokok dan beberapa bahagian tubuhnya ditatu.

"Mereka mengurung saya selama dua bulan dan saya diseksa dengan teruk. Saya tidak akan maafkan mereka. Mereka telah hancurkan hidup saya," katanya.

Menurut bapa mangsa, tiga suspek telah ditahan pada Sabtu lalu dan perbicaraan mereka dijadualkan bermula pada 6 September ini.

Pengguna media sosial turut melancarkan hashtag #weareallKhadija untuk mengetengahkan isu keganasan ke atas wanita di negara Afrika Utara.-Awani

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#KEJAM ~ Remaja diculik,dinoda, diseksa dan ditatu

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×