Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#PEMILIHAN PKR ~ Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding jawatan presiden

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tidak rasmi menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR selepas tiada individu lain menghantar Borang Pencalonan hari ini untuk mencabar beliau pada Pemilihan PKR 2018.

Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Ismail Yusof bagaimanapun berkata keputusan rasmi akan diumum pada 19 Ogos ini setelah proses cabutan nombor calon dan pengesahan dilakukan JPP.

Nama Anwar dicadang oleh isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang tidak mempertahankan jawatan tersebut dan borang pencalonan diserahkan Pengarah Strategik PKR Sim Tze Tzin selaku penyokong pada kira-kira 11.15 pagi.

Bercakap kepada pemberita selepas penamaan calon ditutup di Ibu Pejabat PKR di sini petang ini, Ismail mengumumkan JPP menerima borang pencalonan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang bakal menentang penyandang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi jawatan timbalan presiden.

Bagi jawatan naib presiden, 12 borang pencalonan diterima.

Mereka termasuk empat yang mempertahan jawatan berkenaan iaitu Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, Anggota Parlimen Kuala Langat, Dr A. Xavier Jayakumar, bekas Anggota Parlimen Batu, Tian Chua dan Anggota Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Yang lain ialah Anggota Parlimen Selayang, William Leong, bekas anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya, Micheal Tamil, Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin, Prof Datuk Dr G. Balasubramaniam, Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail, K. Vasantha Kumar, Anggota Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Anggota Parlimen Sungai Siput S. Kesavan.

Untuk jawatan ketua Wanita PKR, borang pencalonan diterima daripada Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha.

Borang pencalonan bagi jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula diterima daripada Anggota Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, ADUN Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi dan Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin.

Untuk jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), 86 pencalonan diterima antaranya daripada Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dan Anggota Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Sementara itu, Ismail berkata senarai pencalonan akan disaring oleh JPP bagi menyemak sama ada calon layak bertanding atau sebaliknya.

Katanya, selain menyemak status kebangkrapan dan tempoh masa menyertai parti, calon yang mempunyai masalah disiplin juga akan ditolak.

"Kita akan semak dengan lembaga disiplin dahulu, misalnya calon yang pernah menyatakan hasrat keluar parti, bertanding dalam pilihan raya sebagai calon bebas kita akan tolak," katanya sambil menambah proses itu akan mengambil masa tiga hari.

Selepas itu, katanya, bantahan boleh dikemukakan dan rayuan bagi pencalonan yang ditolak boleh dikemukakan bermula 8 hingga 14 Ogos. Senarai akhir akan diketahui 16 Ogos dan diumum pada 19 Ogos, katanya.

Seramai kira-kira 800,000 anggota PKR layak memilih pada pemilihan parti yang dijadual dari 14 Sept hingga 13 Okt ini.

-- BERNAMA

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#PEMILIHAN PKR ~ Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding jawatan presiden

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×