Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#ISU LTTE ~ Mengapa Dr Maza Ucap Tahniah Kepada PAS, NGO?

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy kini terperangkap dengan perangkap yang dipasangnya sendiri.


Beliau begitu mendesak kerajaan menghantar pulang pendakwah bebas, Dr Zakir Naik walaupun kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad membenarkan Dr Zakir untuk tinggal di negara ini.

Tiba-tiba ‘kegembiraan’ Ramasamy menyiarkan gambar bersama ahli politik India, Vaiko atau V Gopalasamy yang dikaitkan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) Sri Lanka terus mematikan langkahnya untuk terus berdebat dengan Dr Zakir.

Dia kini menerima 53 laporan polis.

Lantaran itu, ramai yang mendesak Ramasamy supaya disiasat dan diambil tindakan oleh pihak polis termasuk Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Beliau membuat beberapa hantaran di Facebook tentang perkara itu.


Semalam juga Dr Asri mengucapkan tahniah kepada PAS, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang bertegas menuntut tindakan ke atas Ramasamy.

Beliau mendakwa Ramasamy dianggap berbahaya kepada kesejahteraan kaum dan agama dalam negara ini.

“Bahkan, organisasi LTTE itu telah diisytiharkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak antarabangsa sebagai kumpulan pengganas. Ia amat berbehaya kepada keselamatan setiap rakyat Malaysia terutama yang berbeza dan mengkritik mereka.
“Inilah yang kita lihat dari keganasan mereka seperti mana mereka telah membunuh Rajiv Gandhi melalui pengebom berani mati. Semoga ALLAH merahmati Pas, NGO-NGO dan semua individu yang bangkit dengan tegas dalam isu ini. Ya ALLAH, selamatkanlah negara kami.”

Sebelum ini Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan melahirkan kebimbangan apabila Ramasamy dikatakan terlibat dengan kumpulan pemisah LTTE.

Siapa Vaiko?

Vaiko atau V Gopalasamy adalah pengasas dan setiausaha agung parti politik Marumalarchi Dravida Munnetra Kazhagam (MDMK).

Dia hadir ke Pulau Pinang 14 Julai lalu kerana diundang Ramasamy menyertai majlis perkahwinan.

Kini laporan menyatakan Vaiko disahkan bebas daripada disenaraihitamkan memasuki Malaysia.

Pada Jun 2017, Vaiko telah ditahan oleh pegawai imigresen selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dilarang memasuki ke negara ini.

Menurut laporan The Indian Express yang memetik kenyataan MDMK, yang menyatakan Imigresen Malaysia menahan Vaiko kerana disenarai sebagai individu berbahaya kepada Malaysia dan mempunyai kaitan dengan LTTE.

Dakwaan yang sama dibuat oleh portal India Republic di Twitter yang mengatakan Vaiko disoal beberapa jam mengenai hubungannya dengan LTTE.

Vaiko juga ditahan di bawah Akta Pencegahan Aktiviti Keganasan India (Pota) kerana menunjukkan sokongan kepada LTTE pada 2002.

credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#ISU LTTE ~ Mengapa Dr Maza Ucap Tahniah Kepada PAS, NGO?

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×