Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#KES 1MDB ~ Bekas pegawai khas kepada Najib direman tujuh hari

Bekas Pegawai Khas Kepada Najib dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk mendapatkan perintah reman Bagi Membantu Siasatan kes berkaitan 1MDB hari ini. --fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Bekas Pegawai Khas kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes 1Malaysian Development Bhd (1MDB).

Perintah tahanan reman terhadap 'Datuk' itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini sehingga 1 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Suspek tiba di perkarangan mahkamah di sini kira-kira 9.15 pagi berpakaian lokap SPRM berwarna oren dengan tangan bergari.

Sebelum ini, lelaki berumur 42 tahun itu dipanggil untuk diambil keterangan sebelum ditahan kira-kira 9.45 malam di ibu pejabat SPRM semalam.

Beliau pernah berkhidmat di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (Khazanah) sebelum bekerja dengan Najib sejak 2009. Beliau meletakkan jawatan pada 5 Jun lepas.

-- BERNAMA

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#KES 1MDB ~ Bekas pegawai khas kepada Najib direman tujuh hari

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×