Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#MALAM DURJANA ~ Gadis Sunti 'Diratah' Kenalan Baru

KUCHING - Perkenalan singkat membawa malang kepada seorang gadis selepas dia dirogol temannya itu di taman rekreasi berhampiran Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini, Sabtu lalu.

Kejadian jam 9 malam itu berlaku selepas mangsa berusia 13 tahun yang menetap di sekitar Petra Jaya di sini, dibawa suspek ke kawasan berkenaan dengan menaiki motosikal.

Mangsa dan suspek berusia 20 tahun itu dikatakan baru berkenalan sebelum bersetuju untuk bertemu pada hari kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai, berkata suspek kemudian membawa mangsa ke lokasi sunyi di taman rekreasi berkenaan.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi yang sunyi di taman berkenaan, suspek kemudian merogol mangsa secara paksa.
"Mangsa kemudiannya dihantar semula oleh suspek ke lokasi mereka bertemu sebelum lelaki itu menghilangkan diri dan gagal dihubungi.
"Dalam keadaan terkejut, mangsa kemudian pulang ke rumah sebelum membuat laporan polis selepas menceritakan kejadian kepada keluarganya," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Denis berkata, susulan laporan itu, polis kini melancarkan operasi memburu suspek.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.-BH Online

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#MALAM DURJANA ~ Gadis Sunti 'Diratah' Kenalan Baru

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×