Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#KERAJAAN PH ~ Hapus Tol Jambatan P.Pinang.. Janji LGE Tinggal Janji?

HAMPA… 

Hasrat jutaan rakyat Pulau Pinang terutama penyokong Pakatan Harapan (PH) untuk menikmati laluan bebas tol di dua Jambatan ikonik di negeri itu nampaknya belum kesampaian lagi.

Ia ekoran kenyataan terbaharu bakal Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kononnya PH memberi keutamaan untuk menunaikan terlebih dahulu manifesto 10 janji 100 hari selepas menang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lalu.

Justeru beliau yang juga bekas Ketua Menteri negeri itu berkata, isu pemansuhan bayaran tol Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah hanya akan dibangkitkan selepas pelbagai perkara dikaji.
“Kita perlu pertimbangkan penyata kewangan yang kita ada ini adalah benar dan beberapa kajian serta semakan perlu dilakukan untuk pengesahannya. Kita perlu berhati-hati dan kumpul penyata kewangan terlebih dahulu.
“Itu lebih penting untuk masa sekarang ini,” kata Guan Eng pada sidang media di George Town, hari ini ketika diasak wartawan mengenai janji beliau mahu menghapuskan kutipan tol di dua buah jambatan utama negeri itu.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata tumpuan Kerajaan Persekutuan akan bertukar selepas berjaya menunaikan janji 100 hari itu, selain pihaknya kini sedang mengumpul penyata kewangan negara untuk diteliti.

Sebelum ini, PH dalam manifestonya pada PRU ke-14 lepas ada menyatakan akan memansuhkan konsesi tol untuk semua jenis kenderaan termasuk di Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Bagaimanapun, pengumuman mengenai pemansuhan konsesi tol itu dijangka dibuat oleh Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang juga bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, pada minggu hadapan.

Untuk rekod, Guan Eng pada 13 April lalu menerusi akaun Facebook rasminya dengan nada angkuh mendakwa akan menghapuskan tol di dua jambatan mercu negeri tersebut jika PH berjaya menawan Putrajaya pada PRU ke-14.[KLIK SINI]



Ia susulan tawaran Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis bersama rakyat di Balik Pulau sehari sebelum itu mahu memansuhkan tol penunggang motosikal di kedua-dua buah jambatan berkenaan.

Ditanya mengenai perkembangan dua pertuduhan rasuah dihadapi Guan Eng, beliau namun enggan mengulas lanjut selain menegaskan hanya akan menyerahkannya kepada pihak mahkamah untuk membuat keputusan.
“Saya ingin tekankan bahawa ia adalah pertuduhan yang berasaskan politik dan tiada asas bagi kes terbabit. Bagaimanapun, biarkanlah mahkamah yang membuat keputusan,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA




Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#KERAJAAN PH ~ Hapus Tol Jambatan P.Pinang.. Janji LGE Tinggal Janji?

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×