Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#PASCA PRU 14 ~ Fikirkan negara bangsa bukan bangsa

Oleh :Prof.Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Kurang seminggu, belum pun kabinet terbentuk sepenuhnya selepas PRU 14, pertubuhan Cina yang sangat berpengaruh dalam kalangan masyarakat Cina, Hua Zong mula mendesak agar jawatan TPM diwujudkan untuk mewakili orang Cina. Pelik saya, kita mahu membina negara atau membina bangsa. Seeloknya, berikan idea untuk pembinaan negara bangsa yang lebih gemilang berteraskan perlembagaan persekutuan, bantu PM, Tun Mahathir. Ini tidak, dalam pemikiran mereka, asyik Cina, Cina dan Cina. Sampai bila kita mahu berubah, tatkala rakyat sudah mahukan perubahan. Bagaimana dengan bangsa lain?

Kenapa menjadi terlalu rasis?. Jika jawatan TPM diwujudkan untuk kaum Cina, bagaimana dengan kaum lain? lebih-lebih lagi wakil Sabah dan Sarawak yang saya fikir mereka lebih layak, sebab mereka adalah penduduk asal. Pembentukan Malaysia berlaku kerana adanya Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia. Jika tidak, negara ini akan kekal dengan nama Tanah Melayu. Jagalah hati orang lain. Elok juga orang sebegini diajarkan subjek sejarah negara ini.

Jangan terlalu ultra kiasu ketika rakyat mahukan perubahan. Saya cuba elakkan istilah ini tatkala rakyat sudah mahukan perubahan. Tetapi terpaksa juga menggunakannya. Cubalah bersikap seperti menteri kewangan yang baharu dilantik.

Saya begitu teruja mendengar, apabila Lim Guan Eng dilantik menjadi menteri kewangan, ketika ditanya wartawan, akan perlantikannya sebagai menteri kanan iaitu menteri kewangan, yang selama ini dipegang oleh ahli Parlimen Melayu, kali ini diberikan kepada beliau mewakili kaum Cina, beliau menjawab dalam bahasa Inggeris,

I am Malaysian, don't see myself as Chinese, bermaksud, saya anak Malaysia, jangan lihat saya sebagai seorang Cina. Jawapan inilah yang saya nanti-nantikan selama ini bagi kumpulan yang saya labelkan sebagai ultra kiasu, bagi mengurangkan persepsi negatif saya selama ini. Saya harap jawapan ini datang daripada hatinya. Bukan sekadar nak ambil hati.

Saya tidak boleh bayangkan jika soalan ini ditanyakan kepada MCA atau Gerakan, sudah pasti jawapannya berlainan sekali. MCA dan Gerakan akan berkata, syukur sangat-sangat, sekian lama jawatan menteri kewangan diberikan kepada orang Melayu lebih 40 tahun yang lalu, pada kali ini kaum Cina telah diberikan kepercayaan.

Jika ramai orang Cina bersikap sebegini Menteri Kewangan ini, saya tidak perlu bimbang lagi.
Namun, kenyataan ketua Hua Zong yang mahukan jawatan TPM mula merisaukan saya. Kenapa perlu ada jawatan TPM untuk kaum Cina sahaja.

Adakah selama ini orang Cina tertindas? Sudah tentu tidak. Justeru, kenapa kenyataan ini dikeluarkan? Kata kata sebegini hanya akan mengguris hati kaum lain, terutama orang Melayu dan minoriti lain. Apakah TPM Cina hanya akan menjaga orang Cina sahaja? berapa puluh jawatan TPM lain mahu diwujudkan mewakili kaum-kaum yang begitu banyak di negara ini?

Berubahlah wahai Hua Zong. Sudah sampai masanya pertubuhan rasis sebegini berubah dalam.suasana rakyat mahukan perubahan. Rakyat lebih teruja untuk melihat kerajaan hari ini melakukan perubahan dan menunaikan janji manifestonya kerana ia mewakili kepentingan semua kaum, bukan satu kaum sahaja.

Kerajaan hari ini telah berjanji untuk melaksanakan 10 janji dalam masa 100 hari. Sudah tentu saya sendiri mahu melihat perkara tersebut menjadi realiti Antaranya adalah,

1. Mansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
2. Siasat institusi-institusi yang terpalit dalam skandal
3. Memperkenalkan skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah
4. Mengembalikan semula subsidi minyak secara bersasar
5. Menyamaratakan gaji minimum
6. Menangguhkan pembayaran semula pinjaman kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional untuk individu yang mendapat gaji bawah RM4,000
7. Mengkaji semula langkah memberi projek mega kepada negara-negara asing
8. Menubuhkan pasukan bertindak untuk mengkaji memulangkan autonomi yang dijanjikan kepada Sabah dan Sarawak seperti yang tertakluk dalam Perjanjian Malaysia 1963
9. Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda
10. Memperkenalkan inisiatif jagaan kesihatan nasional

Saya juga begitu teruja untuk melihat apakah kerajaan yang diterajui PH akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) Sekolah Menengah Persendirian Cina tanpa syarat sebagaimana yang turut terakru dalam manifestonya.

Nasihat saya, jika kerajaan mahukan juga UEC ini diiktiraf, pastikan ia selari dengan falsafah dan matlamat pendidikan nasional. Syarat-syarat sebelum ini seperti yang dikenakan oleh Kementerian Pendidikan hendaklah dipatuhi. Ini termasuklah mengambil matapelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM. Begitu juga dengan silibus mata pelajaran lain.

Saya tidak boleh bayangkan jika kerajaan terus mengiktiraf tanpa sebarang syarat. Jika begitu keadaan, bermakna, walaupun jawatan TPM itu tidak wujud dalam erti kata yang sebenar, tetapi hakikat sebenarnya jawatan itu telah wujud, meskipun tidak kelihatan kerana kita telah tunduk kepada tuntutan Hua Zong yang begitu rasis, sedangkan rakyat mahukan perubahan ke arah pembinaan negara bangsa.

credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#PASCA PRU 14 ~ Fikirkan negara bangsa bukan bangsa

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×