Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#PRU 14 ~ PH menjadi seteru baharu BN, Pas di Terengganu

Persaingan tiga penjuru di Terengganu mula kelihatan dengan pemasangan bendera BN, Pas dan PKR.

KUALA TERENGGANU - BN dan Pas telah memperkenalkan 40 calon pilihan terbaik parti itu yang akan memikul tanggungjawab beradu di gelanggang demokrasi PRU14 bertanding di lapan kawasan Parlimen dan 32 kerusi Dun Terengganu.

Pengumuman calon BN disempurnakan oleh Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman di kediaman Seri Iman manakala Pas mengumumkan calon mereka di Dewan Tok Guru, Rusila, kubu kuat parti itu.

Dengan pengumuman calon kedua-dua parti itu, mata semua pihak kini tertumpu kepada Pakatan Harapan yang sebelum ini ada menyatakan hasrat untuk bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dun Terengganu, berentap dengan BN dan Pas.

Bakal catat sejarah baharu

Setakat ini, Bersatu, parti yang dibubarkan sementara telah mengumumkan 13 calonnya iaitu tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dun manakala Amanah pula mengeluarkan senarai calonnya yang bertanding di 11 kerusi Dun dan tiga Parlimen.

Sinar Harian difahamkan, calon selebihnya dijangka diumumkan oleh Pakatan hari ini di Kuala Ibai.

Sekiranya benar Harapan bertanding di 40 kerusi Parlimen dan Dun, PRU14 akan mencatat sejarah baharu dalam politik negeri ini di mana buat pertama kalinya berlakunya pertembungan tiga penjuru melibatkan parti politik di semua kawasan.

Siapa untung, siapa rugi?

Justeru, parti manakah yang mendapat manfaat dalam persaingan tiga penjuru ini dan dengan kehadiran Harapan, adakah calon BN dan Pas mampu merekodkan kemenangan ataupun berlaku kejutan dari Amanah, PKR dan Bersatu.

Umum mengetahui, politik Terengganu lebih didominasi oleh BN dan Pas, dua seteru utama sejak sekian lama.

Dalam perlawanan antara kedua-dua parti itu, Pas berjaya menewaskan BN dan membentuk kerajaan di Terengganu iaitu pada tahun 1999, itupun hasil gerakan reformasi hingga menyebabkan berlakunya tsunami politik – menggambarkan kekuatan BN di sini.

Berbeza dengan pantai barat, ramai mengandaikan Harapan tidak boleh ‘hidup subur’ di Terengganu ekoran sentimen masyarakat di sini lebih ke arah Pas atau BN dan andaian tersebut menjangkakan parti itu bakal kalah dalam persaingan tiga penjuru nanti.

Dakwaan itu dikukuhkan dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti yang pernah bekerjasama dengan Pas sebelum ini menggunakan jentera Pas dalam mencapai kemenangan dalam pilihanraya.

Ini membuktikan Harapan dibarisi PKR, Amanah, DAP dan Bersatu tidak mempunyai jentera dan kekuatan yang cukup untuk berdepan dengan ‘senior’ seperti BN dan Pas.

Harapan yakin potensi diri

Bagaimanapun, Pengerusi Harapan Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah ketika ditemui sebelum ini menaruh keyakinan parti itu mampu memperoleh sekurang-kurangnya 20 kerusi dalam PRU14 meskipun banyak pihak tidak yakin dengan kemampuan mereka.

Ia berdasarkan sokongan rakyat terhadap Harapan dan dianggarkan 25 hingga 30 peratus penyokong Umno dan Pas telah beralih kepada Bersatu dan Amanah ekoran ketidakpuasan hati kumpulan itu kepada beberapa isu.

Dakwanya, berbeza dengan negeri lain, pengundi di Terengganu tidak mempamerkan kecenderungan mereka sebaliknya menyokong secara diam-diam melalui ‘revolusi senyap’ yang digerakkan oleh penyokong Pas dan Umno sendiri.

“Sama seperti tahun 1999, ramai tidak jangka Pas akan menang namun ia berlaku,” katanya.

Sekiranya benar dakwaan Raja Bahrin, BN dan Pas tidak boleh memandang remeh terhadap kemampuan Harapan sebaliknya perlu memperkemaskan jentera masing-masing untuk berhadapan dengan seteru baharu dalam proses demokrasi kali ini.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#PRU 14 ~ PH menjadi seteru baharu BN, Pas di Terengganu

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×