Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#LOVE SCAM ~ Golongan profesional terlibat,RM98.98j kerugian tahun lepas

KUALA LUMPUR - Kes penipuan Love scam melalui media sosial yang sebahagian besar didalangi oleh warga Afrika , ialah Kes Jenayah Siber kedua tertinggi dilaporkan di Malaysia tahun lepas dengan 2,498 kes melibatkan kerugian RM98.98 juta.

Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Deputi Seperintendan Yeap Yoke Peng berkata: "kebanyakan mangsa yang diperdayakan oleh sindiket itu ialah golongan profesional seperti doktor dan guru.'

Yoke Peng yang membentangkan kertas kerja mengenai "Jenayah Siber di Malaysia: Trend, Cabaran dan Inisiatif masa depan" pada Persidangan Keselamatan IT ASEAN 2017, di sini semalam berkata, polis menerima laporan mengenai 12,175 kes jenayah siber dengan jumlah kerugian RM230,264,128 juta.

Kes jenayah siber tertinggi dilaporkan di Malaysia tahun lepas ialah penipuan e-dagang dengan sejumlah 6,151 kes melibatkan kerugian RM29,967,149 juta membabitkan jualan , pembelian dan pelaburan dalam talian, kata beliau pada seminar sehari itu bertemakan "Security in a Hyper-Connected World" anjuran Perbadanan Data Antarabangsa (IDC) Malaysia.

Yoke Peng berkata, penipuan telekomunikasi melalui SMS, telefon, el-mel mengenai pemberitahuan kononnya memenangi hadiah merupakan jenayah siber ketiga tertinggi dengan 1,898 kes dilaporkan melibatkan kerugian berjumlah RM52.98 juta.

'Dalam sesetengah penipuan telekomunikasi, ada kes mangsa menerima panggilan dari individu yang menyamar sebagai polis, pegawai kastam dan pegawai bank yang mengakibatkan mereka kerugian sejumlah besar wang.

Yoke Peng berkata, kes lain yang dilaporkan ialah penipuan e-kewangan melalui malware dan spam dengan 1,040 kes dilaporkan melibatlan kerugian sehingga RM48,33 juta, diikuti oleh penyalahgunaan rangkaian dengan 207 kes (RM1,400) dan akhir sekali harta intelek seperti pelanggaran hak cipta dengan 381 kes tetapi tiada jumlah kerugian yang terkumpul.

Beliau berkata, peningkatan kes jenayah siber di Malaysia kebanyakan disebabkan kurannya kesedaran di kalangan pengguna media sosial mengenai keselamatan siber dan sensitiviti, dan akibat kelemahan ini, ia menyebabkan kegiatan penjenayah siber berleluasa.

Sementara itu, Naib Presiden dan Pengarah Urusan Kawasan Malwarebyte bagi Asia Pasifik, Jeff Hurmuses berkata daripada semua serangan malware, botnet telah meningkat di Malaysia berikutan landskap ancaman semasa.

Hurmuses berkata, Malaysia menduduki tempat ke-10 dalam insiden botnet global dengan Asia Pasifik secara keseluruhan meliputi lebih 50 peratus daripada insiden botnet di peringkat global sementara serangan malware Android menunjukkan peningkatan dan menduduki tempat ke-12 di seluruh dunia.

Beliau berkata, botnet ialah sejenis malware yang menjangkiti beberapa peranti saling berkait untuk melaksanakan pelbagai tugas seperti menyebarkan scam, klik spam dan mencuri maklumat peribadi dan kewangan.

Malware dan Android ialah perisian berbahaya yang menjangkiti telefon bimbit yang berfungsi di bawah sistem operasi Android melalui keruntuhan sistem atau kebocoran maklumat sulit, kata beliau

"Kadar serangan malware hanya meliputi peratusan kecil di Malaysiac seperti terkandung dalam laporan semasa. Sebagai sebuah negara yang mempunyai penduduk berjumlah lebih 30 juta, dan kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan kadar penembusan internet kepada 95 peratus menjelang 2020, ada kemungkinan lebih banyak perniagaan dan individu terdedah kepada ancaman siber," kata beliau.

Hurmuses berkata, oleh kerana serangan malware botnet dan Android begitu berleluasa di Malaysia, adalah penting bagi semua orang di negara ini untuk mengetahui mengenai metodologi baharu serangan siber. - Bernama

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#LOVE SCAM ~ Golongan profesional terlibat,RM98.98j kerugian tahun lepas

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×