Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#SEJARAH ~ Di Manakah Bermula Sejarah Perguruan?

SULTAN Idris Training College atau SITC antara maktab perguruan yang dirasmikan pada 29 November 1922 oleh Sir W. George Maxwell, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Nama “Sultan Idris” adalah diambil sempena nama Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Mursidul Adzam Shah, iaitu Sultan Perak yang ke-28 yang memerintah negeri Perak antara 1889-1916. Cadangan nama ini diperkenankan oleh Sultan Abdul Jalil Shah pada 26 Mei 1917.


Penubuhan SITC diilhamkan oleh R.O. Winstedt yang pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, menerusi laporannya yang disiarkan dalam tahun 1917.

Beliau mencadangkan agar sebuah maktab perguruan pusat didirikan di Perak bagi memperluaskan skop pendidikan di negara ini.

Beliau menyarankan bahawa tapak tempat berdirinya maktab tersebut mestilah mempunyai tanah yang subur, untuk menampung keperluan kurikulum yang menggariskan aspek pertanian sebagai penumpuan akademik.

Kumpulan penuntutnya yang pertama berjumlah 120 orang yang mana kesemuanya adalah lelaki dengan tenaga pengajar awal seramai empat orang guru Inggeris dan tujuh orang guru Melayu.

Pelajar-pelajar datang dari Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pengetua pertama SITC pada masa itu ialah Tuan O. T. Dussek.


Kurikulum yang diajar di SITC selaras dengan kurikulum sekolah. Mata pelajaran yang diajar ialah Pertanian Asas, Pertukangan Tangan, Agama, Ilmu Hisab (kira-kira), Bahasa dan Kesusasteraan, Sejarah, Ilmu Alam, Tulisan serta Lukisan.

Misi utama SITC adalah untuk melahirkan tenaga pengajar dalam kalangan orang melayu di tanah melayu masa itu.

Terdapat beberapa tokoh pendidik di SITC yang kemudiannya menjadi peniup kesedaran kebangsaan dan penyuntik semangat nasionalisme contohnya, Abdul Hadi Hassan, Harun Muhammad Amin, Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) dan Nordin Harun.

#laskarmalaya

"SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA YANG  BERSTATUS GURU"

– MYNEWSHUB.CC


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#SEJARAH ~ Di Manakah Bermula Sejarah Perguruan?

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×