Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#TOKOH ~ (Video) IsmaIl Hashim Lapan Kali Juara Tilawah Antarabangsa, Sembilan Kali Juara Kebangsaan!

DATUK Hj. Ismail Hashim merupakan qari ulung negara yang telah dinobatkan sebagai Johan Qari Peringkat Kebangsaan sebanyak sembilan kali dan lapan kali menjadi johan di tilawah peringkat antarabangsa.

Ismail dilahirkan pada 16 April 1933 di Jerlun, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kedawang, Langkawi sehingga darjah tiga dan meneruskan pelajaran ke Sekolah Melayu Air Hitam, Kubang Pasu pada tahun 1942. Seterusnya, pada tahun 1947 beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Mahmud Alor Star.

Beliau pernah berkhidmat sebagai guru agama Sekolah Kebangsaan Yan (1956 – 1970) dan Nazir di Jabatan Agama Islam Kedah.

Nama beliau tidak asing lagi dalam Majlis Tilawah Al-Quran sama ada di peringkat kebangsaan mahupun peringkat antarabangsa.

Kemerduan dan kelunakan suaranya ketika memperdengarkan ayat suci al-Quran bukan saja dikagumi masyarakat tempatan malah masyarakat Islam di luar negara.

Selepas pertama kali diadakan musabaqah membaca Al-Quran pada tahun 1956, Ismail merupakan satu-satunya Qari pertama yang menjadi johan sebanyak sembilan kali di peringkat Kebangsaan dan lapan kali di peringkat antarabangsa!

Beliau menjadi johan qari peringkat antarabangsa pada tahun 1963, 1965, 1966, 1969, 1970, 1971, 1974 dan 1975

Ismail merupakan peserta tunggal negara yang telah mencapai peringkat tertinggi dalam pertandingan musabaqah al-Quran.

Beliau juga merupakan anak Melayu pertama dimana bacaan al-Qurannya telah disiarkan secara langsung di televisyen dan radio Sudan semasa beliau melawat negara tersebut pada tahun 1966 dan kemudiannya di Mesir pada tahun 1976.

Ismail yang bersara daripada jawatannya sebagai Nazir Sekolah Agama Kedah pada tahun 1988, pernah diberi penghormatan oleh Kerajaan Negara Thailand untuk memperdengarkan bacaan al-Qurannya pada Majlis Maulidur Rasul yang diadakan di Bangkok pada tahun 1963.

Sebagai mengenang sumbangan dan baktinya, beliau telah dianugerahkan Johan Setia Mahkota (J.S.M) dan Ahli Mangku Negara (A.M.N) oleh Yang DiPertuan Agung serta pingat Setia DiRaja Kedah (S.D.K), Perkhidmatan Setia Kedah (P.C.K), Dato’ Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) dan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) oleh DYMM Sultan Kedah dan Raja Perlis.

Ismail bagaimanapun telah kembali ke Rahmatullah pada 7 Ogos 1996 kerana mengidap sakit jantung ketika berusia 64 tahun.

AL-FATIHAH



Credit : Syahrilkadir.Com

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#TOKOH ~ (Video) IsmaIl Hashim Lapan Kali Juara Tilawah Antarabangsa, Sembilan Kali Juara Kebangsaan!

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×