Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#SKUASY ~ Senarai 5 pemain lelaki terbaik dunia terkini


1. Mohamed Elshorbagy (Mesir)


Tarikh Lahir: 12 Januari 1991
Tinggi: 185cm
Berat: 83kg
Jurulatih: Jonah Barrington, Hadrian Stiff, Brendan Malony
Kejayaan: Mula mendaki ranking dunia apabila menyertai Persatuan Skuasy Profesional (PSA) pada tahun 2006 ketika berumur 15 tahun. Tahun 2007, beliau menjadi pemain pertama dalam sejarah memenangi kejohanan bertaraf lima bintang Jelajah Dunia PSA. Tahun 2008 dan 2009 beliau mencatat sejarah apabila memenangi Kejohanan Remaja Dunia dua tahun berturut-turut. Pada 2013, beliau memenangi Kejohanan Siri Dunia pertama, Qatar Classic dan seterusnya memenangi lima lagi kejohanan siri dunia skuasy pada tahun berikutnya. Turut dinobatkan sebagai PSA Men’s Player of the Year pada tahun 2016.

2. Karim Abdel Gawad (Mesir)


Tarikh Lahir: 30 Julai 1991
Tinggi: 176cm
Berat: 71kg
Jurulatih: Mohamed Abbas, Omar Abdel Aziz, Ali Ismail
Kejayaan: Mula memenangi kejohanan Jelajah Dunia PSA pada tahun 2008 ketika berumur 17 tahun. Memenangi Anugerah PSA Player of the Year pada tahun 2013 atas kejayaannya di Qatar Classic dan berjaya menduduki ranking top 20 pada waktu itu. Musim 2016/17, beliau menjadi pemain tuan rumah pertama memenangi kejohanan Al Ahram Open. Tiga bulan kemudian, beliau memenangi kejohanan PSA Dunia selepas Ramy Ashour menarik diri ketika beliau mendahului 2-1 akibat kecederaan hamstring. Beliau berjaya naik ke tangga kedua ranking dunia selepas menewaskan Mohamed Elshorbagy di Qatar Classic.

3. Gregory Gaultier (Perancis)


Tarikh Lahir: 23 Disember 1982
Tinggi: 176cm
Berat: 75kg
Jurulatih: Thomas Adriaens, Matthieu Benoit, Renan Lavigne
Kejayaan: Terkenal dengan stamina yang tinggi, Gaultier merupakan antara pemain skuasy senior yang dikenali dalam arena PSA. Beliau muncul naib juara Kejohanan Remaja Dunia 2000 dan kemudian pada 2001 muncul juara Terbuka Remaja Britain. Tahun 2007, beliau menjadi pemain berbangsa Perancis pertama memenangi Terbuka Britain. November 2009, beliau buat pertama kali menduduki tangga pertama ranking dunia, menjadikan beliau pemain Perancis kedua berjaya berbuat demikian. Beliau kembali menduduki ranking pertama dunia pada Februari 2014. Momen terbaik kariernya ialah pada penghujung 2015 apabila memenangi Kejohanan Dunia yang mana ia menjadikan beliau kembali merangkul ranking pertama dunia buat kali keempat. Pada tahun 2016, kecederaan buku lali menyebabkan beliau terpaksa berehat lebih dua bulan. Gaultier berjaya sampai ke pusingan empat terbaik pada Kejohanan Dunia PSA Lelaki 2016, namun kecederaan lamanya kembali menghantui menyebabkan beliau terlepas gelaran itu.

4. Nick Matthew (England)


Tarikh Lahir: 25 Julai 1980
Tinggi: 183cm
Berat: 77kg
Jurulatih: David Pearson, Neil Guirey
Kejayaan: Nick Matthew merupakan salah seorang pemain Britain terbaik sepanjang zaman. Terkenal dengan gelaran ‘The Wolf’, beliau memulakan kejayaannya dalam arena skuasy pada tahun 1999 apabila memenangi Kejohanan Terbuka Remaja British. Tahun 2006 menyaksikan beliau menjadi pemain British pertama memenangi Terbuka Britain sejak ia bermula pada tahun 1939. Tahun 2009 menyaksikan Matthew berjaya menduduki ranking pertama dunia buat pertama kali. Sukan Komanwel 2010 menyaksikan beliau berjaya membawa pulang pingat emas untuk negaranya. 2014 menyaksikan beliau menjadi pemain lelaki pertama mempertahankan pingat emas di Sukan Komanwel. Tahun 2016 menyaksikan kariernya mengalami kejatuhan akibat kecederaan buku lali. Kecederaan ini masih menghantui hingga ke hari ini.

5. Ramy Ashour (Mesir)


Tarikh Lahir: 30 September 1987
Tinggi: 180cm
Berat: 75kg
Jurulatih: Haitham Ashoush
Kejayaan: Dikenali dengan gelaran ’The Artist’, Ramy Ashour antara pemain berbakat dalam skuasy dan turut diminati ramai peminat. Memenangi kejohanan profesional pertama pada tahun 2007 dan memenangi PSA Masters and Saudi International pada tahun 2009 sekali gus menjadikan beliau pemain Mesir pertama menduduki ranking pertama dunia ketika berumur 22 tahun. Ini menjadikan beliau pemain termuda selepas 26 tahun menduduki ranking pertama dunia. Tahun 2012 beliau berjaya melangkah ke pusingan akhir untuk semua kejohanan pada tahun itu dan memenangi Qatar PSA World Championship, US Open, Hong Kong Open and Australian Open dan berjaya melalui 49 perlawanan tanpa kalah. Akibat kecederaan, beliau terpaksa berehat selama enam bulan, namun selepas itu beliau berjaya merangkul kejohanan dunia ketiganya pada tahun 2014. Walau bagaimanapun kecederaan demi kecederaan kembali menghantuinya bermula pada tahun 2015 hingga ke hari ini menyebabkan beliau terlepas banyak kejohanan dan melihatkan kejatuhannya di dalam ranking dunia.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#SKUASY ~ Senarai 5 pemain lelaki terbaik dunia terkini

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×