Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#PENDAPAT ~ Di mana kedudukan ekonomi kita?

BEBERAPA hari yang lepas, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa Ekonomi negara kita berkembang pada kadar 4.2 peratus pada tahun lepas.

Menurut kenyataan BNM, ia dipacu oleh permintaan tempatan, terutamanya daripada perbelanjaan sektor swasta.

Pencapaian ini adalah ‘mengagumkan’ menurut salah seorang penganalisis tempatan.

Malah, ada juga ahli politik yang tumpang gembira, berhujah bahawa pertumbuhan ini jelas menunjukkan negara ditadbir urus dengan baik.

Pandangan ini tidak tepat. Walaupun ekonomi masih berkembang, kesan kepada rakyat tidaklah memberangsangkan.

Pertama sekali, walaupun ekonomi berkembang, ia hanya pada kadar yang perlahan. Harus diingat bahawa ekonomi negara makin lemah, dari pertumbuhan enam peratus pada tahun 2015 ke lima peratus pada tahun 2015, dan 4.2 peratus tahun lepas.

Malah, jika dilihat pertumbuhan ekonomi sejak Julai 2016, ekonomi hanya berkembang 1.4 peratus sahaja pada suku ketiga dan suku keempat. Ini bererti, walaupun ekonomi berkembang, ia makin lemah. Maka ia bukan sesuatu yang ‘mengagumkan’.

Kedua, walaupun ekonomi berkembang, kesan kepada rakyat amatlah nipis sekali. Ini berdasarkan pada kadar pe-ngangguran yang semakin me-ningkat. Jumlah mereka yang tidak bekerja semakin meningkat, hampir 16 peratus kepada lebih setengah juta sekarang ini.

Tidak ada apa yang boleh kita banggakan dengan pertumbuhan ekonomi apabila pada masa yang sama makin ramai rakyat hilang pekerjaan. Data terbaharu menunjukkan jumlah pengangguran makin naik, dan peluang pekerjaan makin berkurangan. Jadi, di mana petanda bahawa ekonomi negara diurus tadbir dengan baik? Lihat sahajalah perbelanjaan konsumer, ia ternyata lemah sekali.

Jualan kenderaan jatuh 13 peratus, jumlah pinjaman dari sektor perbankan juga negatif. Tidak hairanlah salah satu kedai runcit terbesar negara mengalami kerugian pertama kali sejak hampir 60 tahun. Indeks Bursa Malaysia juga negatif, malah dividen ASB tahun lepas adalah yang terburuk dalam sejarah, malah lebih buruk berbanding dividen tatkala krisis ekonomi Asia pada tahun 1997 dan 1998.

Ketiga, strategi pengurusan kewangan negara tidaklah begitu berhemah. Jika dilihat dari data BNM, kerajaan membelanjakan hampir 99 peratus pendapatan negara untuk perbelanjaan yang tidak memberi pulangan pada masa hadapan. Cukai yang dikutip termasuk GST hampir kesemuanya digunakan untuk membayar gaji, membayar hutang, memberi subsidi dan sebagainya.

Dalam erti kata lain, kita terpaksa berhutang hampir sepenuhnya untuk perbelanjaan pembangunan. Ini bermakna perbelanjaan pembangunan yang penting untuk kesejahteraan rakyat dan juga pelaburan untuk masa hadapan seperti perbelanjaan pembangunan di sektor pendidikan (membina sekolah, memberi biasiswa, dan sebagainya), kesi-hatan, pengangkutan dan lain – dibiayai hutang sepenuhnya.

Ini tidak mampan untuk kesejahteraan rakyat masa ha-dapan. Manakan tidak, bayaran bunga ataupun faedah hutang ini amatlah tinggi sekali. Jumlah riba tahun ini adalah RM29 bilion, di mana ia lebih tinggi berbanding peruntukan pembangunan untuk pengangkutan (RM10 bilion), pendidikan (RM6 bilion), dan kesihatan (RM1.5 bilion). Ini bukan strategi pembangunan yang baik.

Pada masa kita bermegah dengan pertumbuhan ekonomi yang katanya kukuh, prestasi mata wang kita juga semakin merosot. Sejak 2011, ringgit telah jatuh 42 peratus berbanding dengan dolar Amerika, malah pada suku keempat tahun lepas sahaja, mata wang kita menyusut hampir lapan peratus berbanding dengan mata wang Amerika.

Natijahnya, ekonomi negara dan ekonomi rakyat masih lemah. Ada jalan penyelesaiannya, tetapi ini memerlukan keikhlasan daripada penggubal dasar dan pemimpin. Kita harus akur bahawa kita menghadapi cabaran yang getir.

Ini penting supaya jalan penyelesaian dapat dicapai dengan cepat dan tepat. Usah kita berdolak-dalik dan bermain dengan angka dan menutup kelemahan yang ada. Ini tidak adil untuk negara dan rakyat.- DR AWANG PUTEH[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#PENDAPAT ~ Di mana kedudukan ekonomi kita?

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×