Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#SENSASI~Janda muda punca lelaki ditetak dan dikerat 10

Seorang pemandu jengkaut yang dibunuh Dan Dikerat lebih 10 bahagian di Jalan Kesang Laut di sini, Ahad lalu, dipercayai akibat berebutkan janda muda.

Mangsa, Omar Miskam, 49, maut ditetak di bahagian kepala dengan parang sebelum mayatnya dikerat-kerat termasuk kedua-dua kaki dan tangan, abdomen serta beberapa bahagian lain, kata Ketua Polis Daerah Tangkak.

“Kejadian itu dipercayai berlaku antara pukul 12 tengah malam 31 Oktober hingga awal pagi ke­esokan hari sebelum mayat tersebut ditemukan Ahad lalu pada pukul 3.15 petang,” kata Supt Mohad Idris Samsuri seperti dilapor Utusan Malaysia.

Janda berumur 23 tahun juga pelajar sebuah Kolej Komuniti tahun dilaporkan membantu suspek utama, 19, seorang pelajar Pusat Giat Mara melakukan jenayah terbabit.

Suspek remaja yang juga orang kurang upaya (OKU) menurut polis pernah memiliki satu rekod jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut pada 2013.

Seorang lagi lelaki berumur 56 tahun juga dilaporkan terlibat membantu untuk membuang mayat.

“Lelaki tersebut yang juga bapa saudara suspek utama dipanggil ke lokasi untuk meminjamkan van bagi membuang mayat terbabit tetapi dipercayai tidak jadi dan mayat itu hanya disorokkan di pembetung di rumah itu.

“Pada malam kejadian, ahli keluarga suspek utama turut berada di rumah namun tidak mendengar dan mengetahuinya kerana hujan lebat ketika itu,” katanya.

Polis turut merampas sebilah parang, sebatang cangkul, sembilan buah telefon bimbit, dua buah kereta dan sebuah van dan motosikal.

credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#SENSASI~Janda muda punca lelaki ditetak dan dikerat 10

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×