Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kucing Melakukan Sit Up Ini Perlu Diberikan Tepukan Gemuruh!

Pejam celik pejam celik sudah 14 hari kita melangkah ke tahun 2016. Sungguh pantas masa berlalu.

Kebiasaannya apabila tiba tahun baru, ramai manusia yang berazam untuk menurunkan berat badan mereka. Ianya bolehlah dikategorikan sebagai salah satu resolusi yang agak popular di kalangan rakyat di dunia, termasuk negara kita Malaysia.

Mana taknya, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai peratusan rakyat dengan berat berlebihan dan masalah obesiti tertinggi berbanding negara-negara Asia lainnya. Jadi, apabila ada di antara teman anda yang berazam untuk mengurangkan berat badan, silalah berikan dia sokongan yang padu.

Bercerita tentang azam tahun baru, kucing di dalam klip video di bawah ini juga mempunyai keazaman yang begitu tinggi. Boleh dikatakan sama seperti manusia, kucing comel ini mungkin ingin mendapatkan bentuk badan yang cemerlang dan gemilang seperti manusia, terutamanya di bahagian perutnya.

Keharmonian yang dirangsangkan kucing ini mungkin boleh membuatkan bahagian absnya mendapat bentuk idaman sesetengah manusia.  Walaupun demikian, sama seperti manusia, beliau juga mempunyai cabaran yang tinggi untuk mula melakukan sit upnya.

Meskipun ketenangan jelas terpampang ketika kucing ini sedang melakukan sit up, namun, masalah sama yang sering dihadapi manusia juga tetap timbul.

Apa pun, sokongan berterusan perlu diberikan kepada kucing ini. 






This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Kucing Melakukan Sit Up Ini Perlu Diberikan Tepukan Gemuruh!

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×