Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kucing Dan Beruang Menjadi BFF di Zoo

Seekor kucing liar di luar Malaysia dilaporkan telah membentuk satu ikatan persahabatan yang unik bersama dengan seekor beruang di sebuah zoo di sana.

Menurut penjaga zoo berkenaan, kucing liar ini berjalan masuk ke dalam zoo untuk mencari makanan dan kemudiaannya ia menjalinkan persahabatan yang baik dengan seekor beruang hitam seberat 250kg.

Klip video di bawah yang disiarkan di atas talian menunjukkan kucing hitam yang telah diberi gelaran "Little Bear" ini tiada masalah pun bila bersama dengan beruang hitam yang di gelar "Sequoia" yang sudah tentu lebih besar daripadanya.


Dilaporkan bahawa sesetengah pelawat telah menzahirkan kebimbangan terhadap persahabatan unik yang terjalin ini dan terus membuat andaian bahawa ia akan berakhir dengan tragedi.

Meskipun begitu, sebenarnya kucing dan beruang ini sudah pun menjadi sahabat baik selama beberapa bulan tanpa sebarang masalah.

Mungkin sudah tiba masanya untuk manusia belajar mengenai nilai persahabatan dan kedamaian daripada haiwan-haiwan comel berkenaan.


This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Kucing Dan Beruang Menjadi BFF di Zoo

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×