Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

NoBowl - Kini Kucing Boleh Memburu Untuk Makan Di Dalam Rumah

Memberi Kucing makan di dalam tempat makan kucing mungkin tidak begitu ekstrim. Mungkin hal ini telah membuatkan sebuah syarikat baru di luar Malaysia mereka bentuk sistem memberi makan yang lebih unik buat kucing.



Dengan sistem memberi makan unik untuk kucing ini, kucing tidak perlu lagi duduk malas di depan mangkuk makanan, bahkan kucing anda akan merasai pengalaman memburu yang diperlukannya di sekitar rumah anda untuk makan setiap hari.

Apa yang bagusnya tentang sistem memburu di dalam rumah pertama di dunia ni? Bagi saya, kekuatan memburu kucing anda pasti akan dapat di tajamkan lagi, di samping kucing anda juga akan menjadi kurang malas yang mana membolehkan mereka menjadi lebih kuat dan sihat lantas mengurangkan risiko penyakit seperti obesiti.

Seperti yang kita tahu memburu adalah sebahagian daripada apa yang menjadikan kucing itu adalah kucing. Ianya merupakan sifat semulajadi mereka. Memberi makan di dalam mangkuk makanan kucing sebenarnya sedikit sebanyak akan mengganggu kitaran semulajadi kucing kerana naluri memburu kucing mesti dipenuhi.

NoBowl merupakan satu sistem memberi makan secara memburu buat kucing dan ia merupakan cara yang bersih, selamat dan agak mudah buat kucing anda dan ianya bersifat semulajadi. Menurut pencipta sistem memberi makan unik ini, ianya direka untuk menguruskan berat badan, mengurangkan kebimbangan dan mengelakkan isu-isu pencernaan kucing. Anda pasti akan melihat kucing anda membesar dengan sihat dan lebih bahagia dengan sistem pemakanan ini.

Makanan kucing akan diletakkan di dalam satu pod yang diletakkan di dalam satu bahagian tikus mainan dan anda boleh meletakkan tikus mainan ini di mana-mana sahaja bahagian rumah anda agar kucing anda boleh memburu untuk mendapatkannya.

Reka bentuk taktil buat kulit NoBowl mampu merangsang penggunaan kuku dan gigi kucing anda secara semulajadi bagi memenuhi keperluaan kucing untuk mencengkam dan bermain dengan makanannya.


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana sistem "NoBowl" ini boleh digunapakai anda dan kucing anda, sila klik di sini. Buat masa ini harganya hanya US$38 dan ianya di datangkan dengan kit latihan serta pengisi makanan khas buat sistem ini.

Bagi yang sudah lama membela kucing, apa pandangan anda tentang sistem memberi makan kucing yang unik ini? Luahkan pandangan bernas anda di ruangan komen di bawah.





Kredit: http://nobowlcat.com


This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

NoBowl - Kini Kucing Boleh Memburu Untuk Makan Di Dalam Rumah

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×