Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

6 Permainan Buat Kucing Anda Agar Ia Kekal Aktif

Kucing yang dibela di dalam rumah sebenarnya memerlukan lebih banyak perhatian terutama pada tahap kecergasan, sensitiviti, keupayaan berfikir, kehebatan memburu dan sebagainya. Mungkin Kucing di dalam rumah boleh sahaja meningkatkan keupayaan mereka sendiri, namun mahukah anda jika banyak barangan di dalam rumah anda rosak teruk? Mahukah anda meletakkan kucing anda di dalam sangkar dan membiarkan ia begitu sahaja setiap hari? Di sinilah pentingnya mainan khas buat kucing agar ia kekal aktif berpanjangan.

Di bawah ini merupakan mainan kucing yang saya rasa sangat sesuai untuk memupuk keupayaan penting kucing kesayangan anda. Moga ianya bermanfaat buat anda dan kucing kesayangan anda.

Permainan Bebola Tikus Buat Kucing


Bola ini berdiameter lebih kurang 6.2cm dan permukaan tikus di dalamnya bermaterialkan logam. Di datangkan dalam 2 warna, kucing anda pasti akan gembira bermain. Dapatkannya terus di sini.

Permainan Tikus Terjuntai

Bunyinya agak mengelirukan bila ditukarkan oleh saya ke Bahasa Malaysia. Apa pun, kalau anda seorang pemancing tegar dan mencintai kucing dalam masa yang sama, saya yakin anda boleh melepaskan gian dengan mainan khas buat kucing ini. Rodnya sepanjang 200mm dan talinya sepanjang 350mm. Tikus palsunya pula sepanjang 110mm. Bagi saya, dengan permainan ini anda mungkin boleh memupuk sensitiviti memburu kucing anda ke arah yang lebih baik. Klik di sini untuk mendapatkannya.

Mainan Berguling Yang Ada Bola Di Dalam Dan Tempat Mencakar Di Luar

Hui dia punya nama, nampak lain macam. Walaupun begitu, permainan ini nampak sedikit munasabah untuk kucing anda. Terdapat 3 bola kecil yang berbunyi pasir di dalam roller ni. Apa yang menariknya terdapat bau yang disukai kucing di dalam ini, yang pasti akan membuatkan ia meyiasat dengan lebih lanjut. Bukan itu sahaja, luarannya pula terdapat ruangan buat kucing anda mencakar. Kalau anda tak ingin perabot atau barangan di rumah anda rosak akibat cakaran kucing anda, di samping ingin mencerdikkan lagi pemikiran kucing anda, mainan ini sememangnya boleh membantu. Dapatkannya hari ini dengan klik di sini.

Mainan Tikus Elektronik Kawalan Jauh Tanpa Wayar

Ha yang ini agak sesuai untuk melatih keupayaan memburu kucing anda. Jika sebelum ini mungkin kucing anda agak takut dengan tikus, apa kata anda cuba tanamkan sikap berani dan tajamkan lagi teknik memburunya dengan menggunakan permainan ini. Berminat? Dapatkan sahaja dengan klik di sini.

Penunjuk Laser LED

Sudah terlalu banyak kucing yang diperalatkan dengan penunjuk laser. Namun begitu ianya masih mempunyai nilai yang positif untuk mengekalkan keaktifan kucing kesayangan anda. Perlu diingatkan di sini jika anda gemar menggunakan penunjuk laser ini, anda mesti tidak mengajukan tepat ke mata kucing anda ya. Dapatkannya di sini.

Kain Sakti Elektronik

Lain macam nama yang saya gelar bagi mainan khas buat kucing ni. Walaupun nampak seperti biasa-biasa sahaja, mainan ni memang sangat berguna buat anda dan kucing anda. Di bawah bulatan kuning ini hanya ada bola plastik dan ekor. Anda hanya perlu menekan butang dan boleh mula melihat reaksi yang mengagumkan daripada kucing kesayangan anda. Klik sini untuk mendapatkannya.



This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

6 Permainan Buat Kucing Anda Agar Ia Kekal Aktif

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×