Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kenapa Kucing Mengiau Kepada Anda?

Bagi pemilik kucing, anda pasti sudah biasa mendengar kucing anda mengiau, terutamanya apabila tiba waktu makan dan sebagainya. Namun pernahkah anda bertanya kenapa kucing mengiau sebenarnya?

Mengiau merupakan satu kaedah komunikasi bagi kucing kepada manusia. Kebiasaannya kucing tidak mengiau antara sesama mereka; hanya mengiau untuk berbicara dengan kita, manusia.

Mengiau dianggap sebagai meniru ucapan manusia, yang mana inilah sebabnya kenapa ianya mendapat perhatian manusia dengan begitu cepat.

Lihat Ini Juga:


Sebenarnya kucing berkomunikasi antara satu sama lain melalui bahasa badan dan kedudukan mereka. Setiap gerakan ekor dan pergerakan telinga akan menandakan sesuatu buat kucing yang lain. Memandangkan manusia selalu terlepas pandang bahasa badan kucing, jadi mereka menggunakan bahasa yang lebih istimewa untuk mengambil perhatian manusia iaitu dengan mengiau.

Kucing biasanya mengiau disebabkan mmereka mahukan sesuatu; boleh jadi mereka inginkan makanan, mainan atau mungkin ingin ke luar rumah. Adakalanya, jika ada sesuatu yang tidak kena, atau anda tidak mengedahkan langsung ngiauan mereka yang terawal, pasti kucing akan mengiau dengan lebih kuat dan mendalam lagi.

Dengan sedikit latihan dan pengalaman, anda sebenarnya boleh belajar mendengar perbezaan bunyi "ngiauan" kucing anda. Yang pasti, jika kucing anda mengiau begitu banyak pada anda, anda sepatutnya berasa berbesar hati kerana ia adalah satu ucapan khas buat anda.

Video berbahasa Inggeris di bawah ini mungkin boleh menambahkan sedikit lagi ilmu pengatahuan kita bersama. 



Anda mempunyai pengalaman yang lebih luas tentang kucing yang mengiau? Apa kata anda kongsikannya dengan kami di ruangan komen di bawah.





This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Kenapa Kucing Mengiau Kepada Anda?

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×