Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Anak Kucing Berwajah Dua Akhirnya Mati

Baru-baru ini gempar yang anak Kucing lahir dengan dua wajah di Terengganu. Berita ini pantas menjadi viral di ruangan media sosial dan dikhabarkan bahawa ramai yang berminat untuk membeli kucing pelik ini.



Bagaimana pun pemiliknya, Siti Ruszaihaa Mamat, 28, tidak berminat untuk menjualnya. Menurut Siti Ruszaihaa, dia hanya menyedari kucing betina dibelanya setahun lalu, beranak kira-kira 11 malam selepas pulang dari kerja. Apabila diperiksa anak kucing itu, dia terkejut dan mendapati yang kucing ini mempunyai dua muka.

Mengikut rekod,kejadian sebegini merupakan yang pertama terjadi di Terengganu dan ianya adalah sesuatu yang luar biasa.

Kucing istimewa yang digelar Tuah ini akhirnya mati pada 23 Februari 2016 dan kematian kucing itu dipercayai berpunca daripada susu formula yang digunakan tidak begitu sesuai dengannya. Pemiliknya menyatakan yang beliau terkejut melihat kucing tersebut tidak bernyawa pada pagi hari kejadian dengan kesan darah pada hidungnya.

"Kematian Si Tuah memang tidak dijangka memandangkan kucing unik itu minum susu menggunakan botol dengan baik sejak dilahirkan," kata pemilik kucing istimewa ini.


This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Anak Kucing Berwajah Dua Akhirnya Mati

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×