Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Cara Nak Tahu Kucing Sedang Sakit

Sebagai satu mekanisma survival, kucing akan menyembunyikan segala kesakitan yang dihadapi mereka agar pemangsa yang lain tidak melihat mereka sebagai seekor kucing yang sedang lemah.

Dari sudut pandangan evolusi, hal ini adalah normal, namun, buat pemilik kucing, ia merupakan satu hal yang boleh menjadi berat sekiranya lambat untuk membantu kucing mereka yang sedang mengalami kesakitan. 

Sebagai pemilik kucing yang prihatin dan bertanggungjawab, kesihatan kucing kesayangan sudah tentu menjadi tanggungjawab anda yang besar. Amat penting agar anda tidak terlepas pandang sebarang tanda-tanda penyakit yang sedang dihadapi oleh kucing kesayangan anda.

Sekiranya kucing anda tidak menunjukkan sebarang kesakitan tetapi sebenarnya ia benar-benar memerlukan perhatian perubatan, perkara penting yang anda boleh fikir dan lakukan adalah dengan memerhatikan tingkah lakunya yang tidak normal daripada kebiasaannya. Berikut merupakan beberapa tanda yang boleh membantu anda dan kucing kesayangan anda.




Warna Gusi Yang Kelihatan Pucat

Warna gusi kucing sepatutnya berwarna merah jambu. Sekiranya anda menekan ibu jari tangan anda ke dalam gusi kucing skesayangan anda, warna yang akan tertera kembali selepas beberapa saat, seharusnya berwarna merah jambu.

Jika kucing anda memaparkan gusi yang berwarna agak pucat, kemungkinan besar kucing anda sedang menghidap anemia atau sedang terkejut atau mungkin juga peredaran darah yang agak lemah.

Bagi kucing yang memaparkan gusi berwarna merah yang cerah pula, mereka mungkin sedang terlalu panas atau mungkin juga mereka sedang keracunan karbon monoksida.

Gusi kucing berwarna kuning membawa erti yang ia sedang menghidap pnyakit kuning kebiasaannya.


Batuk

Batuk boleh membawa erti yang kucing kesayangan anda sedang mengalami gejala bola rambut(hairballs), alahan, asma, tumor, penyakit jantung, penyakit paru-paru atau penyakit berjangkit. Sekiranya batuk yang dihidapi oleh kucing anda berlangsung lebih daripada satu hari, perhatian dan rawatan daripada doktor haiwan berpengalaman sangat diperlukan ketika ini.


Kurang/Lebih Makan atau Minum atau Kurang/Lebih Membuang Sisa Pepejalnya

Seperti manusia, apabila menghidap penyakit, keinginan untuk makan dan minum akan berkurangan. Namun begitu, pada sisi yang lain juga, sesetengah penyakit boleh mengakibatkan selera makan atau minum kucing anda meningkat.

Sebagai contoh, peningkatan dalam pengambilan air dan peningkatan air kencing selalunya membawa erti yang kucing anda menghidapi penyakit ginjal atau diabetes.

Sekiranya kucing anda tiba-tiba ingin kencing dengan kerap tetapi pengeluaran air kencing yang dihasilkan adalah sedikit daripada kebiasaannya, kucing anda mungkin sedang mengalami jangkitan pada saluran kencingnya.

Mana-mana tanda yang anda terlihat perlulah segera membawa kucing anda berjumpa dengan doktor haiwan yang berpengalaman.



Berkeadaan Pelik Daripada Kebiasaannya

Seperti yang kita sedia maklum, kucing secara semulajadinya akan membersih dan merapikan diri mereka sendiri, namun sekirangan mereka sedang di timpa penyakit, kemungkinan untuk membersihkan diri adalah tiada.

Contohnya jika kaki mereka sedang sakit, kebiasaannya kucing tidak akan menjilat atau membersihkan kakinya disebabkan rasa sakit apabila menggerakkannya.

Kucing yang tiba-tiba tidak suka bermain atau melakukan aktiviti kegemaran mereka juga boleh membawa maksud yang ia sedang sakit. Ada juga kucing yang akan menyembunyikan diri mereka sekiranya mereka sedang sakit.



Kesimpulannya, apabila anda ada sebarang keraguan terhadap tingkah laku kucing anda dan sering terlihat tanda-tanda yang dikongsikan di atas atau sebagainya, sebaik-baiknya bawalah ia terus berjumpa dengan doktor haiwan yang berpengalaman. Berundinglah dengan doktor haiwan agar anda dapat membantu meringankan beban yang sedang dipikul oleh kucing kesayangan anda. Bak kata omputih "Better safe than sorry!". Anda sebagai pemilik kucing seharusnya lebih bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan kucing kesayangan anda sentiasa pada tahap yang terbaik.


This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Cara Nak Tahu Kucing Sedang Sakit

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×