Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Nak Bela Kucing Dengan Serius Kena Buat 10 Benda Ni!

Tags: kucing
Komitmen seorang pencinta kucing untuk memelihara seekor kucing dengan seriusnya, perlulah berada di tahap yang paling tinggi.

Tidak kiralah baka apa sekali pun kucing yang anda bela, anda mestilah mempunyai ilmu agar dapat membela mereka dengan baik dan penuh dengan kasih sayang.

Jika tidak, lebih baik anda jangan membela kucing kerana dikhuatiri anda akan menyeksanya nanti.

Di bawah ini kami ingin berkongsikan beberapa perkara yang mesti anda lakukan sekiranya anda ingin melihat kucing anda sentiasa di dalam keadaan yang baik.

-Keperluan Makanan Yang Bersesuaian!
Kucing yang sihat dan bertenaga selalunya berkaitan dengan makanan yang ia ambil. Anda mesti menyediakan makanan yang bersesuaian dengan kucing anda. Walaupun makanan premium atau super premium mengandungi tinggi protein, ini tidak bermakna yang kucing anda sesuai mengambil makanan sedemikian rupa. Ini disebabkan ada juga kucing yang akan mengeluarkan najis yang begitu cair setelah mengambil makanan tinggi protein.

Kebiasaannya anda perlu campukan makanan super premium dengan premium atau low premium untuk menyeimbangkannya agar najis yang dikeluarkan kucing anda adalah normal. Sebenarnya melalui najis kucing anda, anda dapat mengetahui tahap kesihatannya. Jadi anda perlu ambil tahu perkara ini.

Sebaiknya anda berbincang dengan doktor haiwan yang lebih berpengalaman agar kucing anda dapat menikmati jenis makanan yang lebih seimbang.


-Buang Makanan Yang Telah Tamat Tempoh!
Sesetengah daripada pemilik kucing dengan tenang memberikan kucing kesayangan mereka makanan yang telah tamat tempoh. Meskipun ia masih kelihatan baik, nutrien yang ada sudah berkurangan sebenarnya. Bahkan kucing anda juga bakal terdedah kepada risiko keracunan makanan. Sanggup melihat kucing anda cirit birit atau muntah-muntah?

-Tukarkan Bekas Makanan Kucing!
Anda mesti menukar bekas makanan kucing anda dengan lebih kerap terutamanya jika anda memakai bekas plastik. Plastik mudah dicakar oleh kucing dan ini memudahkan bakteria terkumpul di dalamnya. Jika anda masih berdegil, jangan terkejut jika mempunyai masalah nanti. Disarankan anda mendapatkan bekas makanan dari jenis "stainless steel" atau pun seramik. Sekiranya anda membela lebih daripada seekor kucing, pastikan anda menyediakan bekas makanan yang berasingan. 

-Mesti Membawa Kucing Anda Berjumpa Doktor Haiwan!
Isu kesihatan kucing adalah sangat penting. Disebabkan kucing tidak boleh bercakap, maka mana nak tahu keadaan kesihatan sebenar mereka. Oleh itu anda mesti membawa kucing kesayangan anda berjumpa dengan doktor haiwan untuk rawatan atau sebarang pemeriksaan bagi memastikan kesihatannya sentiasa di tahap yang baik.

-Buang Ubat-ubatan Yang Telah Tamat Tempoh!
Periksalah tarikh luput bagi ubat-ubatan yang ingin anda berikan kepada kucing anda. Jangan sesekali memberikan ubat yang telah tamat tempoh.

-Mesti Kerap Membersihkan "Litter Box" dan "Litter Sand"!
Sekiranya tandas anda tidak dicuci sehari, apa yang akan anda rasa? Sama juga seperti manusia, anda mesti kerap membersihkan litter box dan litter sand kucing untuk memberikan ia lebih keselesaan. Kebanyakan kucing yang tidak lagi mahu menggunakan litter box untuk melepaskan sisa buangan mereka adalah disebabkan ianya kotor.

-Grooming Penting Beb!
Walau pun kucing mampu untuk membersihkan diri mereka sendiri dengan menjilat-jilat diri mereka, bantuan anda juga sangat penting! Masalah hairball kerap menyebulungi kucing disebabkan anda tidak ingin membantu mereka. Bantulah kucing dengan menyikat bulu mereka agar bulu-bulu yang sudah rapuh tidak melekat pada lidah yang mana seterusnya di telan kucing anda nanti.

Mata, hidung, telinga dan gigi kucing anda juga mesti dibersihkan setiap hari. Jika keadaan kucing anda tersangatlah kotor, jangan ragu-ragu untuk memandikannya.

-Kawasan Persekitaran Mesti Selamat!
Kawasan persekitaran jajahan kucing anda mestilah sentiasa di dalam keadaan yang selamat. Perhatikan kawasan sekeliling dan hindarkan kucing anda daripada segala benda yang boleh mencederakannya.

-Masa Bersama Kucing Kesayangan Penting!
Sebagai pemilik kucing, masa bersama dengan kucing kesayangan adalah sangat penting! Sekiranya anda jarang nak ada masa dengan kucing anda, lebih baik anda jangan bela kucing. Tidak bagus sekiranya anda membiarkan kucing anda bersendirian terlalu lama. Kucing pun boleh tertekan seperti manusia.

Bermain, membelai dan bercakaplah dengan kucing anda setiap hari. Perkara ini sebenarnya dapat memberi impak yang lebih positif kepada diri anda dan juga kucing kesayangan anda.

-Mesti Ada Sekurang-kurangnya Satu Pet Carrier!
Pet Carrier sangat berguna terutamanya ketika anda ingin membawa kucing anda bersiar-siar atau berjumpa dengan doktor haiwan. Jadi tidak salah sekiranya anda memiliki sebuah pet carrier untuk kucing kesayangan anda. Terdapat bermacam-macam jenis carrier untuk kucing kesayangan anda di pasaran ketika ini pada harga yang sangat berpatutan.


Kesimpulannya sebagai pencinta kucing yang ingin membela kucing dengan serius, anda mestilah berkemampuan dari segi kewangan dan juga waktu. Anda boleh sahaja untuk membela apa jenis sekali pun baka kucing yang ada di dunia ini, namun, komitmen, kesabaran dan kesungguhan anda untuk membela kucing dengan penuh kasih sayang serta menjadikan ia sebahagian daripada keluarga anda tidak boleh dipandang enteng kerana dikhuatiri anda akan menyeksa kucing tanpa anda sedari.


This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Nak Bela Kucing Dengan Serius Kena Buat 10 Benda Ni!

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×