Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kucing Jantan dan Betina 7 Bulan Mencari Tuan Baru


Lihat sahaja kestabilan mental yang diperolehi oleh kedua-dua kucing comel ini. Ketidakcanggungan mereka berhadapan dengan situasi gambar mereka diambil oleh lensa kamera, patut diberikan tepukan yang paling gemuruh. Ternyata wajah yang ketat dapat  distabilkan mereka dengan begitu mudah. Dahsyat bukan?

Kedua-dua ekor kucing comel ini berumur tujuh bulan dan seekor berjantina jantan dan seekor lagi betina. Kedua-dua mereka mempunyai personaliti yang bagus, bahkan mereka juga agak bijak menggunakan litter box.


Memandangkan penjaga mereka yang lama tidak dapat lagi untuk menjaga mereka atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, maka kedua-dua kucing comel ini terpaksa dilepaskannya.

Sekiranya anda sememangnya berkemampuan, ikhlas untuk membela kedua-dua ekor kucing comel ini dengan penuh kasih sayang dan tidak kisah untuk mengambil mereka di kawasan Bangi atau Kajang, anda berhak untuk berbual lanjut dengan penjaga mereka di talian 014-5183268.





This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Kucing Jantan dan Betina 7 Bulan Mencari Tuan Baru

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×